Kabel MFI tahan lasak sememangnya menjadi pilihan utama untuk mereka yang selalu bertugas secara remote atau pun ke luar kawasan. Para pengguna sedia maklum kabel yang ditawarkan oleh Apple tidak tahan lasak untuk kegunaan seharian

Terdapat sejumlah pilihan kabel MFI yang ditawarkan di dalam pasaran hari ini dengan harga berpatutan. Mari kita lihat enam pilihan kabel MFI tahan lasak yang boleh dipertimbangkan dengan harga serendah RM29.80 sahaja di Shopee.

1. Mcdodo Auto Poweroff Cable

kabel mfi tahan lasak
Sumber Gambar: Shopee

Pertama sekali, Mcdodo sedia menawarkan sebuah kabel MFI yang serba kukuh dengan beberapa ciri menarik menerusinya. Kabel ini hadir dengan reka bentuk wayar yang dibalut dengan nilon agar lebih kuat dan cukup fleksibel untuk dilipat berulang kali.

Antara ciri menarik yang disertakan termasuklah kebolehan pengecasan pantas PD mencapai 36W bersama teknologi  menghentikan pengecasan secara automatik sebaik ia penuh. Untuk mengetahui status sedang mengecas, kabel Mcdodo ini mempunyai lampu LED yang akan menyala apabila mempunyai elektrik mengalir.

Kini anda boleh mendapatkan kabel MFI keluaran Mcdodo dengan harga serendah RM29.80 sahaja menerusi Shopee.

Beli Sekarang Mcdodo Auto Poweroff  Cable

2. UGREEN MFI  Lightning Fast Charging Cable

Sumber Gambar: Shopee

UGREEN juga merupakan antara jenama yang dipercayai di kalangan pengguna dalam mendapatkan aksesori alternatif Apple. Kabel UGREEN ini diperbuat daripada bahan plastik TPU yang tahan lasak dan kukuh untuk kegunaan seharian tanpa sebarang masalah.

Kabel ini bukan sahaja menawarkan pengecasan pantas 2.4A untuk semua produk Apple, bahkan boleh digunakan untuk memindahkan fail dengan kelajuan mencapai 30MB/s. Memandangkan produk ini sudah melepasi piawaian Apple, jadi sebarang pengecasan atau pemindahan boleh dilakukan dengan lancar.

Kabel UGREEN ini sedia ditawarkan pada harga RM33.99 menerusi Shopee.

Beli Sekarang UGREEN MFI  Lightning Fast Charging Cable

3. Aukey CB-CL3 MFI Cable

kabel mfi tahan lasak
Sumber Gambar: Shopee

Seterusnya, kabel MFI keluaran Aukey ini juga merupakan salah satu pilihan alternatif terbaik yang terdapat di dalam pasaran hari ini. Kabel ini diperbuat daripada bahan premium dan berkualiti untuk memastikan wayar boleh dilipat berulang kali tanpa berlaku sebarang kerosakan dan mempunyai pelindung pada hujung kabel.

Kabel ini turut hadir dengan ciri pengecasan pantas PD 20W untuk sejumlah peranti barisan Apple termasuklah iPhone, iPad dan iPod. Selain hadir dengan pengecasan pantas, kabel ini juga menyokong pemindahan sejumlah fail dari iPhone ke MacBook dengan pantas.

Anda boleh dapatkan Aukey CB-CL3 MFI Cable ini dengan harga RM43.90 melalui Shopee.

Beli Sekarang Aukey CB-CL3 MFI Cable

4. ZMI AL875 MFI Cable

Sumber Gambar: Shopee

Model AL875 ini diperbuat daripada benang polipropilina yang memberikan ketahanan tinggi dalam masa yang sama tampak lebih menarik. Kabel ini menyokong pengecasan untuk sejumlah peranti seperti MacBook, iPad dan iPod sekaligus.

Seperti kabel MFI lain, model ini turut menawarkan pengecasan pantas 20W agar setiap peranti boleh dicas penuh dalam tempoh singkat. Kabel ZMI juga hadir dengan keupayaan pemindahan fail dengan pantas serta klip khas untuk memastikan kabel sentiasa dalam keadaan tersusun dan mudah disimpan.

Model AL875 ini boleh didapatkan pada harga RM65.90 menerusi Shopee.

Beli Sekarang ZMI AL875 MFI Cable

5. Energea NyloFlex MFi Cable

Sumber Gambar: Shopee

Selain itu, anda boleh mendapatkan sebuah kabel MFI tahan lasak yang premium dengan jaminan kualiti terbaik. Kabel ini hadir dengan teknologi Nylon Twistbraid yang mana tidak mudah berselirat dan lebih tahan lasak sewaktu digunakan.

Kabel Energea ini juga hadir dengan teknologi NyloFlex yang bakal menawarkan pengecasan dan pemindahan fail dengan pantas untuk peranti digunakan. Malah, pada bahagian output pengecas juga telah ditambah baik dengan bahan rhodium untuk menggelakkan karat berlaku.

Anda boleh mendapatkan kabel Energea NyloFlex MFi Cable pada harga RM93.95 di Shopee.

Beli Sekarang Energea NyloFlex MFi Cable

6. Anker A8842 Powerlini+ Lightning Cable MFI

Sumber Gambar: Shopee

Akhir sekali, kabel MFI keluaran Anker ini turut menjadi rebutan ramai kerana kabel yang berkualiti ditawarkan pada harga marhaen. Kabel ini menampilkan rekaan wayar yang ultra-slim dengan disalut dengan nilon tebal untuk memberikan fleksibiliti dan kemudahan menyimpan di dalam beg.

Dengan menepati piawaian MFI, sebarang peranti Apple boleh disuaikan untuk pengecasan dengan sokongan pengecasan pantas mencapai 18W. Bukan itu sahaja, kabel ini membawakan ciri pemindahan fail termasuklah gambar, filem, musik dengan pantas menerusinya.

Kabel MFI Anker ini boleh didapatkan pada harga RM99 melalui Shopee hari ini.

Beli Sekarang Anker A8842 Powerlini+ Lightning Cable MFI

Berdasarkan senarai di atas, Energea NyloFlex MFI Cable ini mampu memenuhi keperluan seharian anda yang mahukan kabel tahan lasak untuk kegunaan jangka masa panjang. Kabel dengan binaan yang kukuh juga boleh memastikan kabel yang sering dilipat dalam seharian masih boleh berfungsi untuk pengecasan menerusinya.

Diharapkan dengan penyenaraian ini memudahkan anda membuat pemilihan kabel yang berkualiti dengan harga berpatutan. Setiap kabel yang dinyatakan juga sudah melepasi piawaian yang ditetapkan oleh Apple yang mana mempunyai nombor siri tersendiri yang boleh disemak menerusi laman rasmi semakan aksesori.

Sumber