Sejak berlakunya pandemik, dapat dilihat orang ramai mulai mendapatkan pelbagai gajet berikutan menjadi keperluan sejak bekerja atau belajar dari rumah. Antara gajet yang dicari oleh ramai orang ialah headphone yang berbaloi untuk jangka masa panjang.

Terdapat penawaran pelbagai jenama yang boleh didapati di dalam talian dengan harga yang berbeza. Pasti ramai menginginkan sebuah headphone yang berkualiti untuk kegunaan tempoh yang lama dengan harga yang berpatutan. Berikut merupakan cadangan headphone berbaloi yang menawarkan pelbagai fungsi dengan rekaan yang menarik menerusi Shopee.

1. Taotronic Sound Surge 85

headphone berbaloi
Sumber Gambar: Shopee

Pertama sekali, model yang kami cadangkan adalah Taotronic Sound Surge 85 berikutan rekaannya tampak premium seperti headphone jenama terkemuka. Pelbagai fungsi yang ditawarkan dengan harga yang dikenakan. Antara fungsi yang ditawarkan adalah noise cancelling yang pasti memberikan anda lebih fokus kepada tugasan selepas ini.

Model ini turut ditawarkan dengan sokongan bunyi Hi-FI audio dan bass yang telah ditambah baik dalam menawarkan kepuasan kepada pengguna. Headphone ini sangat ringan yang membuatkan anda tidak berasa lenguh sewaktu dipakai pada tempoh yang panjang dan boleh dilaras mengikut saiz kepala pengguna.

Bagi memberikan ketahanan yang lebih panjang, model ini turut ditawarkan dengan sokongan ciri kalis peluh yang disertakan sekali. Anda boleh dapatkan headphone keluaran Taotronic ini dengan harga bermula RM219 menerusi Shopee.

Beli Sekarang Taotronics Sound Surge 85

2. Fantech HG22 Fusion

headphone berbaloi
Sumber Gambar: Shopee

Seterusnya, Fantech juga turut mengeluarkan sebuah model headphone yang sesuai digunakan untuk kerja di rumah atau belajar atas talian. Model HG22 Fusion boleh dipakai pada pelbagai platform termasuklah komputer, konsol permainan dan sebagainya. Rekaannya yang ergonomik malah dilengkapi dengan kusyen lembut pada bahagian dalam bagi memastikan ianya sedap dipakai.

Saiz earcup yang direka lebih besar supaya semua orang boleh menikmati pengalaman penggunaan yang selesa dan kedap lebih ketat bagi membatalkan bunyi persekitaran dengan efektif. Terdapat akses butang kawalan audio yang boleh melaras kadar bunyi dan menghidupkan mikrofon dengan mudah.

Mikrofon juga tersedia dan boleh ditanggalkan dengan mudah supaya boleh digunakan dengan selesa. Anda boleh dapatkan Fantech HG22 Fusion pada harga serendah RM108 sahaja menerusi Shopee.

Beli Sekarang Fantech HG22 Fusion

3. HP GH10S PRO

headphone berbaloi
Sumber Gambar: Shopee

HP juga tidak ketinggalan dalam menawarkan headphone yang baik pada harga yang berpatutan buat peminatnya. Model GH10S PRO didatangkan dengan rekaan yang elegan bersama sejumlah fungsi yang berguna. Bahan binaan diperbuat daripada plastik berkualiti tinggi yang mana menjadikan ianya lebih tahan lasak.

Bunyi audio yang dihasilkan lebih realistik dengan kehadiran ciri efek stereo 360° pada model ini. Ditambah pula dengan kemampuan mikrofon menghasilkan bunyi yang jelas malah hadir dengan ciri adaptive noise cancellations menjadikan ianya boleh menghapuskan bunyi hinggar di sekeliling anda secara automatik.

Mikrofon juga boleh dimasukkan semula pada ruangan yang disediakan selepas digunakan. Dengan menggunakan jenis kabel USB, anda boleh terus memasangnya pada komputer tanpa perlu adapter audio tambahan lagi. Sekiranya anda berminat dengan HP GH10S PRO, boleh dapatkan pada tanda harga RM98 sahaja menerusi Shopee.

Beli Sekarang HP GH10S PRO

4. Onikuma K9

Sumber Gambar: Shopee

Model Onikuma K9 merupakan sebuah headphone yang menjadi pilihan pengguna pada masa kini. Pelbagai ciri yang disertakan dengan rekaan yang menarik pada harga mampu milik. Onikuma K9 memberikan fleksibiliti kepada pengguna untuk melaraskan bahagian angkup kepala mengikut keselesaan anda.

Ditambah pula penggunaan kusyen lembut di sekeliling fon kepala tersebut menjadikan ianya sedap dipakai pada jangka masa panjang. Terdapat juga butang kawalan bunyi dan mikrofon yang boleh diakses dengan mudah. Saiz earcup yang besar menjadikan ianya lekap pada keseluruhan telinga yang mana mampu menghalang bunyi persekitaran dengan baik sewaktu dipakainya.

Mikrofon juga dilengkapi dengan kemampuan menyingkirkan bunyi persekitaran bagi memastikan hanya suara pengguna sahaja yang boleh menerusinya dengan jelas. Hal ini menjadikan sebarang penyampaian ataupun komunikasi boleh diterima dengan baik. Anda boleh dapatkan headphone jenama Onikuma ini pada harga bermula RM69 sahaja menerusi Shopee

Beli Sekarang Onikuma K9

5. Logitech H151

Sumber Gambar: Shopee

Logitech turut menawarkan model entry level yang boleh didapati pada harga yang berbaloi dengan kualiti yang sudah terjamin baik. Logitech H151 ini boleh dipakai pada semua platform dengan mudah menerusi bicu audio 3.5mm. Di samping itu, ia juga menyokong bunyi stereo untuk mendengar dengan lebih jelas kepada konten ataupun perbentangan yang sedang berlangsung.

Tambahan pula, mikrofon yang disertakan mempunyai ciri fleksibel di mana ianya boleh dilaraskan sehingga 180° ke bahagian kiri atau kanan untuk penangkapan suara yang lebih baik dan menggurangkan bunyi latar belakang sekaligus. Mikrofon ini juga boleh ditanggalkan apabila sudah selesai digunakan.

Rekaan yang slim menjadikan ianya terletak pada telinga dengan selesa. Terdapat butang pengawalan tahap bunyi dan butang mute untuk mematikan fungsi mikrofon apabila tidak digunakan sewaktu sesi persidangan. Anda boleh dapatkan model Logitech H151 dengan harga serendah RM49.90 sahaja menerusi Shopee.

Beli Sekarang Logitech H151

6. Remax RM-805

Sumber Gambar: Shopee

Jenama Remax sudah dikenali ramai dengan penawaran kualiti produk yang bagus pada harga berbaloi. Pada kali ini, Remax membawakan sebuah headphone berbaloi yang sesuai digunakan untuk PdPR mahupun kerja. Model RM-805 mempunyai rekaan yang menarik serta ketahanan yang tinggi oleh kerana diperbuat daripada plastik ABS yang berkualiti.

Walaupun harga yang ditawarkan sangat rendah, ianya masih dilengkapi dengan ciri noise cancelling bersama mikrofon yang terbina di dalamnya untuk tujuan komunikasi. Bunyi audio yang dihasilkan juga cukup baik manakala suara menerusi mikrofon turut boleh didengari dengan jelas oleh orang lain.

Selain itu, pengguna juga mudah beralih daripada membuat panggilan ataupun mendengar lagu menerusi butang kawalan yang tersedia. Pada kedua-dua belah bahagian fon kepala ini juga didatangkan dengan pad lembut untuk keselesaan telinga apabila dipakai. Buat anda yang berminat dengan model RM-805, anda boleh dapatkan pada harga serendah RM34.90 menerusi Shopee.

Beli Sekarang Remax RM-805

Setiap headphone yang disenaraikan mempunyai ciri yang utama dalam memudahkan anda berkomunikasi bersama orang lain serta dapat meningkat produktiviti seharian selepas ini. Dengan mendapatkan headphone berbaloi ini, anda juga boleh menjimatkan wang kerana ianya boleh digunakan untuk tempoh yang panjang.

Ketahui lima tablet murah dan berkualiti untuk memudahkan anak-anak anda menjalani PdPR yang boleh didapati menerusi Shopee.

5 Tablet Murah Dan Berkualiti Untuk Memudahkan Pelajar Menjalankan PdPR

Cara-Cara Guna 2 Monitor Pada Sebuah Komputer Bagi Tujuan PdPR

Sumber