Hari ini ini telah menyaksikan promosi besar-besaran bersempena dengan jualan 12.12 di pelbagai platform termasuklah di Shopee dan Lazada. Pelbagai gajet berbaloi berjenama yang ditawarkan dengan potongan harga yang menjimatkan kepada para pengguna di luar sana.

Didapati sebahagian barangan menerima potongan sehingga 90% bagi promosi istimewa untuk hari ini sahaja. Oleh itu, kami telah menyenaraikan 5 gajet berbaloi yang boleh anda dapatkan bersempena promosi 12.12 di Shopee dan juga Lazada pada hari ini.

1. OnePlus 9

gajet berbaloi
Sumber Gambar: Shopee

OnePlus 9 merupakan sebuah model flagship mampu milik yang ditawarkan dengan pelbagai ciri menarik bersamanya. Skrin bersaiz 6.65-inci Fluid AMOLED FHD+ bersama refresh rate 120Hz dan juga dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 888.

Dilengkapi memori sebesar 12GB RAM berserta memori storan 256GB yang sudah pasti dapat menjalankan sebarang aplikasi dengan lancar. Bateri yang berkapasiti 4,500mAh boleh dicas penuh dalam 15 minit sahaja dengan sokongan pengecasan pantas 65W. Model ini juga mempunyai ciri kalis air IP68.

Tetapan tri kamera bersama lensa yang dihasilkan dari pengeluar kamera terkemuka Hasselblad pasti menjanjikan pengalaman fotografi yang hebat. Panel belakang pula diperbuat daripada kaca yang menampilkan imej premium padanya. Kini anda boleh dapatkan OnePlus 9 serendah RM2,099 menerusi Shopee.

Beli Sekarang OnePlus 9

2. Samsung Galaxy M22

gajet berbaloi
Sumber Gambar: Shopee

Samsung telah melancarkan Galaxy M22 sebagai peranti kelas pertengahan bersama dengan sistem kuad kamera. Model ini dilengkapi dengan skrin 6.4-inci SAMOLED HD+ dengan sokongan refresh rate 90Hz. Dikuasakan pula bersama cip pemprosesan Mediatek Helio G80 yang sangat ideal bagi kegunaan harian.

Memori pula sehingga 6GB RAM dan memori storan 128GB yang lanjut boleh ditambah dengan mikro SD pula. Bateri sebesar 5,000 mAh dengan pengecasan pantas 25W menerusinya. Terdapat juga ciri menarik iaitu pengimbas cap jari sisi yang terbina pada butang kuasa.

Dari segi fotografi pula ia menggabungkan tiga sensor sekaligus untuk menangkap gambar dengan baik pada pelbagai keadaan bersama kamera swafoto sebesar 13MP. Model ini juga masih didatangkan dengan bicu audio 3.5mm. Jadi, anda perlu merebut peluang mendapatkan peranti serba boleh ini pada harga RM759 di Shopee.

Beli Sekarang Galaxy M22

3. realme Pad

gajet berbaloi
Sumber Gambar: Shopee

Sejak tablet ini diperkenalkan oleh realme, ia telah menjadi pilihan orang ramai kerana penawaran spesifikasi yang cukup berbaloi padanya. realme Pad menampilkan rekaan yang cukup premium dengan spesifikasi yang terkini sekaligus boleh meningkatkan produktiviti harian penggunanya.

Tablet ini hadir dengan skrin 10.4-inci LCD beresolusi WUXGA+ yang mana dapat menghasilkan visual yang tajam dan vibran. Bahan binaan yang diperbuat daripada aluminum secara keseluruhan membuatkan ia terasa lebih utuh apabila dipegang.

Tablet ini juga dibekalkan bateri sebesar 7,000 mAh yang menyokong pengecasan 18W. Terdapat juga sensor sebesar 8MP yang dimuatkan bagi sokongan kamera utama dan swafoto. Ciri audio yang imersif hasil daripada Dolby Atmos padanya. Kini anda boleh dapatkan realme Pad dengan harga promosi RM799 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang realme Pad

4. Lenovo S2 Smart Watch 

Sumber Gambar: Shopee

Antara gajet berbaloi yang anda boleh pertimbangkan bersempena promosi kali ini  juga adalah sebuah jam pintar serba boleh keluaran Lenovo. Jam pintar ini boleh meningkatkan produktiviti dan juga memantau tahap kesihatan seseorang menerusinya.

Untuk bahagian kesihatan, ia hadir dengan ciri pemantauan kadar degupan jantung, penjejak tidur, sejumlah mod penjejak aktiviti dan lain-lain lagi. Selain itu, terdapat juga ciri kalis air yang membolehkan jam dipakai di dalam pelbagai aktiviti. Kehadiran GPS juga boleh menjejak kedudukan secara langsung menerusi Google Maps.

Dari segi produktiviti, anda boleh melihat paparan notifikasi mesej yang diterima daripada pelbagai aplikasi yang disambungkan. Jam ini turut memaparkan cuaca semasa bagi perancangan aktiviti yang lebih baik. Kini anda boleh dapatkan gajet berbaloi yang berharga RM98.90 sahaja menerusi Shoppe.

Beli Sekarang Lenovo S2 Smart Watch

5. Apple MacBook Air M1

Sumber: rtings

Sekiranya anda sudah lamba mendambakan sebuah komputer riba daripada jenama Apple, inilah masanya untuk anda mendapatkan Apple MacBook Air dengan cip Apple M1.

Mengulas dari segi prestasi, jelas Apple M1 sangat membantu pengguna dalam menjalankan tugas seharian dengan lebih pantas sekaligus dapat meningkatkan produktiviti pengguna.

Model yang sebelum ini ditawarkan pada harga RM4,399 kini sedia didapatkan dengan harga serendah RM4,099 sahaja. Selain itu, para pengguna turut berpeluang membuat pembayaran secara ansuran selama 12 bulan menerusi Lazada.

Beli Apple MacBook Air M1

6. realme Smart Scale

gajet berbaloi
Sumber Gambar: Shopee

Akhir sekali, realme turut menawarkan sebuah penimbang pintar yang disertakan pelbagai fungsi menarik padanya. Bukan hanya anda menimbang berat semata-mata, malahan ia dilengkapi dengan sejumlah sensor kesihatan yang tepat bagi mengukur pelbagai aspek kesihatan seseorang.

Anda dapat menggunakan fungsi ini untuk memantau data kesihatan anda kerana realme menggunakan cip standard yang lebih berkuasa berbanding penimbang yang lain. Penimbang ini juga mampu memberikan nasihat kesihatan mengenai degupan jantung.

Bahan binaan yang utuh membuatkan ia lebih tahan lama untuk digunakan. Dari segi bateri pula boleh bertahan sehingga setahun lamanya dan kemudian barulah perlu diganti. Ditambah pula sambungan pada aplikasi realme yang membolehkan penjejakan data semasa dengan mudah. Anda boleh dapatkan penimbang pintar ini serendah RM49 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang realme Smart Scale

Bersempena dengan jualan 12.12, anda boleh mendapatkan beberapa gajet berbaloi yang berjenama dengan harga yang lebih mesra poket yang pasti menjanjikan penggunaan yang lebih lama serta menikmati pelbagai fungsi menarik menerusinya. Malah, anda juga boleh menggunakan sebahagian wang yang berjaya dijimatkan untuk tujuan lain pula.

Berikut pula adalah 5 laptop gaming yang anda boleh pertimbangkan untuk kegunaan perisian yang berat dan memainkan permainan terbaharu dengan lancar.

5 Laptop Gaming Berkuasa Tinggi Yang Berbaloi Anda Boleh Dapatkan Di Shopee

5 Tablet Berkualiti Dan Berbaloi Di Bawah RM1,500 Untuk Kegunaan Tugasan Harian

Sumber