Kita sudah pun melihat pelancaran siri iPhone 14 pada hari semalam. Sementara menunggu hari jualan rasmi pada 16 September ini, anda sebenarnya boleh mendapatkan casing kegemaran untuk melindungi iPhone 14 yang akan dibeli kelak.

Terdapat sejumlah jenama yang sedia menawarkan casing terbaik untuk memastikan peranti akan sentiasa terlindung di dalam seharian. Bersempena jualan 9.9 kali ini, mari kita lihat enam pilihan case iPhone 14 yang anda boleh dapatkan pada hari ini.

1. AMAZINGthing Defender Pro Case

case iphone 14
Sumber Gambar: Shopee

AMAZINGthing merupakan sebuah jenama yang telah menawarkan case untuk siri iPhone 14 yang terbaru. Defender Pro Case ini menggunakan gabungan bahan hibrid yang kukuh untuk memastikan dapat menahan impak jatuh setinggi 14 kaki dan juga lebih tahan lasak sewaktu digunakan.

Selain itu, case ini juga menggunakan mempunyai teknologi DualComfort yang mana dapat menggelakkan skrin dan kamera iPhone 14 anda daripada bergeser pada permukaan rata yang boleh menyebabkan calar. Untuk menambahkan lagi ciri perlindungan, bahagian kamera turut mempunyai kerangka pelindung yang menyeluruh padanya.

Kini anda boleh dapatkan casing keluaran AMAZINGthing pada harga RM99 menerusi Shopee.

Beli Sekarang AMAZINGthing Defender Pro Case

2. UNIQ Xtreme LifePro Magsafe Case

Sumber Gambar: Shopee

Antara pilihan case yang terdapat di pasaran buat masa ini adalah UNIQ Xtreme LifePro Magsafe Case. Case UNIQ ini tampil dengan ciri perlindungan menyeluruh yang mana mempunyai rekaan struktur hibrid yang merangkumi bonggol pada bahagian sudut peranti untuk menyerap impak dari ketinggian 8 kaki.

Bukan itu sahaja, panel belakang case juga kalis cap jari dengan adanya lapisan matte sekaligus tidak perlu dibersihkan selalu malahan boleh menyokong pengecasan wireless menerusi Magsafe dengan lancar. Di samping itu, terdapat ciri kalis calar yang dapat memastikan case ini sentiasa tampak baru untuk jangka panjang.

Anda boleh dapatkan UNIQ Xtreme LifePro Magsafe Case pada harga RM89 melalui Shopee.

Beli Sekarang UNIQ Xtreme LifePro Magsafe Case

3. elago iPhone 14 Glide Case

Sumber Gambar: Shopee

Seterusnya, anda boleh mendapatkan case iPhone terkini keluaran jenama elago menerusi Shopee. Case elago ini diperbuat daripada plastik polikarbonat TPU yang kukuh dan tahan lasak. Bukan itu sahaja, anda juga boleh memilih pelbagai seleksi rekaan yang menarik sekaligus tampak unik dikhalayak ramai.

Perlindungan yang menyeluruh dibawakan termasuklah menambah ketebalan bonggol terutamanya pada bahagian kamera dan juga sekeliling skrin untuk menyerap impak jatuh dengan lebih baik. Paling utama sekali, anda boleh memegang iPhone yang dimiliki dengan selesa walaupun sedang menyarung case tersebut.

elago Shockproof iPhone 14 case ini sedia ditawarkan dengan harga RM82.90 menerusi Shopee.

Beli Sekarang elago iPhone 14 Glide Case

4. X. One Shock Dominator Case

case iphone 14
Sumber Gambar: Shopee

Seperti namanya, anda boleh menjangkakan prestasi binaan yang kukuh serta versatil untuk memberi perlindungan secara menyeluruh pada iPhone 14 yang dimiliki. Case X. One menampilkan rekaan slim fit yang mana kesemua butang boleh diakses dengan mudah dalam masa yang sama tampak lebih bergaya.

X. One juga mempunyai teknologi Edge Guard di mana rekaan struktur dalaman yang lebih tahan impak dalam masa yang sama ditambah ketebalan pada bahagian sensitif seperti kamera untuk perlindungan mantap. Menariknya, anda boleh mengubah suai warna butang sisi dengan padanan warna yang diminati.

Anda boleh dapatkan case iPhone 14 berbaloi ini dengan harga RM79 menerusi Shopee

Beli Sekarang X. One Shock Dominator

5. RINGKE FUSION Phone Case

case iphone 14
Sumber Gambar: Shopee

Jenama RINGKE juga sudah lama menawarkan sejumlah aksesori Apple yang berkualiti pada harga marhaen. Menerusi siri RINGKE FUSION iPhone 14 ini, anda diberikan clear case yang diperbuat daripada plastik TPU yang kukuh. Malah, RINGKE telah memastikan case ini mempunyai potongan yang tepat agar akses butang yang baik.

Selain itu, kemasan matte pada bahagian belakang boleh menghalang kotoran dan cap jari sekaligus. Ciri keselamatan yang disertakan adalah menambah bumper pada sekeliling peranti yang mana memberikan keselesaan apabila dipegang. Menariknya, anda juga boleh memasang lanyard atau neck strap pada ruangan yang disediakan.

Kini RINGKE FUSION Phone Case untuk iPhone 14 ditawarkan dengan harga RM49 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang RINGKE FUSION Phone Case

6. UGREEN Silicone Mobile Phone Case

Sumber Gambar: Shopee

Akhir sekali, UGREEN juga sudah mulai menawarkan case silikon untuk siri iPhone 14 kali ini. Rekaan yang ditampilkan sangat minimalis dalam masa yang sama masih memberikan perlindungan yang sewajarnya. Oleh kerana penggunaan silikon, case ini lebih sedap dipegang untuk tempoh yang lama.

Walaupun nampak seperti nipis, UGREEN telah menyertakan sebanyak tiga lapisan khas pada case tersebut agar boleh menyerap sebarang hentakan yang kuat serta lebih fleksibel. Siri case kali ini turut mempunyai ciri kalis peluh, minyak dan juga cap jari yang biasanya akan melekat dengan mudah pada bahagian panel belakang.

Case iPhone 14 keluaran UGREEN ini boleh didapatkan pada harga serendah RM27.90 sahaja menerusi Shopee.

Beli Sekarang UGREEN Silicone Mobile Phone Case

Berdasarkan senarai case iPhone 14 yang dinyatakan, UNIQ Xtreme LifePro Magsafe Case merupakan pilihan terbaik kerana mempunyai binaan yang kukuh bersama ciri perlindungan yang menyeluruh. Ditambah pula sokongan padanan Magsafe juga boleh dimanfaatkan oleh mereka yang mahukan pengecasan secara wireless.

Diharapkan dengan penyenaraian sejumlah case iPhone 14 dapat memudahkan anda membuat pemilihan yang sewajarnya untuk perlindungan optimum pada iPhone 14 yang bakal digunakan. Dijangkakan lebih banyak penawaran case model iPhone 14 pada masa kelak kerana permintaan semakin meningkat.

Sumber