Karya digital NFT kini sudah menjadi bualan ramai di setiap pelusuk dunia mahupun di internet. Setiap hari anda pasti melihat berita terkini berkaitan NFT yang disiarkan secara meluas. Tahukah anda NFT juga telah menarik minat sejumlah artis tempatan untuk turut serta di dalam arena digital ini?

Artis-artis ini sebahagiannya bukan sahaja memiliki karya NFT, bahkan ada di antara mereka yang menghasilkan karya tersebut lalu dijual pada platform Pentas. Jadi, mari kita kenali dengan lebih dekat 6 artis tempatan yang sudah menyertai dunia NFT ini.

1. Altimet

artis tempatan
Sumber Gambar: Mstar

Altimet sememangnya sudah dikenali ramai oleh kerana bakatnya yang terserlah di dalam industri rap serta telah menerima pelbagai anugerah pada saban tahun. Dengan perkembangan NFT tempatan yang kian meluas pada hari ini, beliau juga telah menyertai dunia NFT yang sekaligus memeriahkan lagi industri kita.

Beliau mempunyai sebanyak 26 karya NFT sendiri yang habis dijual menerusi platform Pentas dan juga memiliki sejumlah koleksi karya NFT yang dibeli daripada artis-artis tempatan lain. Karya-karya pula terhasil daripada kompilasi video muzik terkenalnya yang kemudian ditokenkan menjadi NFT.

https://twitter.com/belakangpentas/status/1464943457357631488?s=20

Sekiranya dikira nilai NFT yang dimiliki sudah mencecah puluhan ribu ringgit mengikut pertukaran nilai semasa hari ini. Selain itu, beliau juga ada berkolaborasi bersama artis kreatif tempatan dalam penghasilan karya bagi tujuan membantu mereka yang memerlukan.

2. Joe Flizzow

artis tempatan
Sumber Gambar: Kosmo

Joe Flizzow merupakan artis rap tempatan yang berjaya dengan mengharumkan nama negara di persada antarabangsa dan kini dikhabarkan sudahpun siap menghasilkan muzik kolaborasi bersama Snoop dog. Beliau yang sudah pasti sibuk dengan jadual yang padat setiap hari bagaimanapun dilihat sudah menunjukkan minat terhadap dunia NFT.

Menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, beliau sudah memiliki satu karya NFT yang berupa beruk bergaya bersama kaca mata yang didapatkan daripada @monkeykingdom. Malah, beliau juga telah menukar gambar profil akaunnya kepada karya NFT yang dimiliki.

Sumber Gambar: Instagram

Oleh kerana populariti serta sumbangan terhadap industri muzik yang dicurahkan cukup bermakna buat peminat tempatan, maka terdapat sejumlah artis kreatif tempatan yang turut menghasilkan karya NFT berdasarkan imejnya dengan pelbagai gaya seni menarik menerusinya.

3. Tiz Zaqyah

Sumber Gambar: mStar

Pelakon yang berasal daripada Kuala Lumpur ini bukan sahaja mempunyai rupa yang menarik malah mempunyai bakat terpendam di dalam bidang seni. Tiz Zaqyah sebelum ini juga sudah menghasilkan pelbagai karya seni di atas kanvas kini sudahpun menyelami dunia NFT pula dengan pengenalan karya NFTiz.

Beliau sudah menghasilkan sejumlah karya NFT yang kemudianannya ditawarkan pada pelbagai platform. Hasil seni beliau menerima pujian ramai kerana sangatlah cantik, kreatif dan menarik untuk dimiliki.

Sumber Gambar: Pentas

Sebagai public figure, beliau juga dilihat sering berkongsi karya-karya artis kreatif tempatan lain menerusi akaun media sosial untuk mempromosi NFT yang dijual serta dikenali dengan lebih rapat oleh para peminatnya.

4. Shah Reza

Sumber Gambar: cyberspaceandtime

Shah Reza atau lebih dikenali sebagai Ray juga antara individu yang berpengaruh di dalam industri persiaran radio tempatan. Beliau kini juga menunjukkan minat yang mendalam terhadap dunia NFT dengan mendekati komuniti NFT tempatan.

Karakternya yang peramah serta positif membuatkan beliau disenangi oleh para komuniti NFT tempatan yang turut mengajar ilmu NFT ini. Malahan, beliau juga didapati telah mengumpul beberapa karya NFT yang dihasilkan oleh warga tempatan menerusi platform jual beli NFT Pentas.

Selain itu, beliau juga sering berinteraksi dan juga mempromosikan pelbagai NFT yang ditawarkan oleh pengkarya NFT tempatan di laman media sosial miliknya. Dalam masa yang sama, beliau kini didapati sudah menjadi sebahagian ahli kumpulan @KonfederasiMY rasmi dengan sijil digital yang diterima pada November lalu.

5. Raf Yaakob

Sumber Gambar: Instagram

Raf Yaakob juga merupakan salah seorang ikon tempatan yang dilihat sudah menjejaki dunia NFT. Beliau antara yang menyokong projek NFT Badape yang bakal menghimpunkan sebanyak 10,000 rekaan unik.

Untuk pengetahuan, 1,000 karya NFT pertama Badape sudah berjaya disenaraikan serta akan ditambah dari semasa ke semasa. Elemen yang dibawakan pada Badape adalah karakter beruk dengan pelbagai personaliti padanya.

Sumber Gambar: Pentas

Menerusi perkongsian di Instagram Raf Yaakob, beliau turut mempunyai akaun khas NFT iaitu @dragon_nft bagi memaparkan karya-karya yang bakal dilancarkan pada suku tahun pertama 2022 ini. Difahamkan kolaborasi NFT antara Raf Yaakob bersama Badape antara yang bakal dilancarkan kelak.

6. Henry Golding

artis tempatan
Sumber Gambar: Vogue

Henry Golding yang sudahpun mengharumkan nama negara di luar sana dengan memegang peranan watak utama di dalam filem box office antarabangsa juga mempunyai minat yang sama seperti yang lain terhadap dunia NFT.

Beliau dilihat baru sahaja memiliki sebuah karya NFT CryptoPunk yang bernilai 137.95 ETH bersamaan RM2.2 juta mengikut pertukaran nilai semasa. Untuk makluman, CryptoPunk merupakan salah satu karya yang termahal berada di pasaran NFT pada hari ini selain BAYC.

Sumber Gambar: OpenSea

Kini anda sudah ketahui 6 artis tempatan yang sudah menyertai dunia NFT yang kini juga dilihat evolusi karya seni pada era teknologi. Kehadiran para artis juga merancakkan lagi dunia NFT tempatan serta memberi kesan positif kepada komuniti di sini.

Ketahui 4 karya NFT hasil kerjasama artis kreatif bersama Altimet yang berjaya dijual pada harga RM23,186 yang kemudiannya akan disalurkan kepada badan seni.

4 Karya NFT Hasil Kerjasama Bersama Altimet Berjaya Terjual Dengan Harga RM23,186

Mahu Bantu Mangsa Banjir, Komuniti NFT Tempatan Berjaya Kumpul Lebih RM45,000 Dalam Tempoh Singkat

Sumber