Tahun ini telah menyaksikan perkembangan kriptowang yang sangat meluas menerusi pelbagai terma dan konsep yang diperkenalkan. Malah, NFT atau non-fungible token juga turut menjadi bualan orang ramai sehingga berjaya dinobatkan sebagai Word Of The Year 2021.

Untuk pengetahuan, Malaysia juga tidak kurang hebatnya dalam melahirkan anak seni tempatan yang berjaya menawarkan serta meraih keuntungan yang besar menerusi penjualan karya NFT.

Perkara ini turut dirancakkan lagi menerusi penawaran platform Pentas yang merupakan platform jual beli NFT tempatan yang memfokuskan kepada seni budaya Asia.

Pada kali ini, kami ingin kongsikan kepada anda 6 anak seni tempatan yang berjaya menempa nama serta meraih 6 angka atau lebih menerusi penjualan karya NFT.

1. Konfederasi

https://twitter.com/belakangpentas/status/1455774349126869002?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1455774349126869002%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fvocket.tech%2Fjualan-tertinggi-dalam-sejarah-pentas-karya-nft-sang-saka-terjual-dengan-harga-rm45880%2F

Membincangkan soal karya NFT anak seni tempatan, tidak sah rasanya sekiranya Konfederasi yang tampil dengan karya Sang Saka tidak berada dalam senarai.  Menawarkan pelbagai Sang Saka dalam bentuk NFT yang hadir dengan pelbagai gaya dan busana antara yang membuatkan karya Sang Saka menjadi rebutan.

Konfederasi juga berjaya menjadi bualan peminat NFT tempatan selepas melakar sejarah menerusi Pentas di mana Sang Saka #001 berjaya terjual dengan harga 20BNB (~RM53,660) sekaligus menjadi karya termahal pernah terjual menerusi platform tersebut.

Terbaharu, Konfederasi turut berkolaborasi bersama Altimet dalam menawarkan seleksi karya NFT bersama selebriti berkenaan. Ikuti karya Konfederasi pada platform Pentas dengan klik di sini.

2. Katun

Seorang lagi artis NFT berbakat daripada NFT adalah Katun. Beliau mencipta sejarah menerusi platform OpenSea apabila berjaya meraih sekitar 127.7ETH (~RM2.543,780) hanya menerusi penjualan dua karyanya sahaja.

Difahamkan karya awal beliau iaitu ‘Apes Stand Strong’ mulai ditawarkan dengan harga 1ETH dan terhad kepada 50 pembeli terawal. Siapa sangka, karya NFT ini telah menjadi rebutan ramai serta berjaya didapatkan pembeli seawal 30 minit selepas pelancaran sahaja.

Karya kedua beliau iaitu ‘Mystical Fruits’ mulai ditawarkan dengan harga bermula daripada 0.1ETH dan dalam tempoh 24 jam sejak dilancarkan, karya ini berjaya dibeli oleh 776 pembeli dengan jumlah nilai jualan sebanyak 77.6ETH (~RM1.55 juta). Ketahui lanjut perkembangan Katun dengan klik di sini.

3. Red Hong Yi

Mulai menceburi dunia kripto pada akhir tahun 2020, siapa tahu karya seninya berjaya menjadi lubuk wang buat anak seni tempatan iaitu Red Hong Yi.

Lebih mengejutkan beliau, karya NFT pertama beliau iaitu ‘Doge To The Moon’ berjaya terjual dengan harga sehingga 36.3ETH (~RM723,661). Karya ini difahamkan turut ditawarkan dalam bentuk digital mahupun fizikal.

Sumber: the star

Beliau kemudiannya meneruskan karya beliau menerusi siri Memebank yang hadir dengan pelbagai karya yang diinspirasikan daripada wang kertas. Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Red Hong Yi.

4.Mumu The Stan

Sekiranya anda aktif dalam dunia NFT, nama Munira Hamzah atau Mumu The Stan pastinya tidak perlu diperkenalkan lagi. Berjaya menjual lebih 180 karya NFT membuktikan karya beliau diminati ramai.

Menariknya mengenai Mumu The Stan, beliau dilaporkan mulai menceburi bidang NFT selepas mendapat dorongan daripada artis kegemaran beliau iaitu Mike Shinoda. Selain itu, penyanyi berkenaan merupakan pembeli pertama NFT yang dihasilkan beliau dengan harga 0.51ETH.

Beliau juga turut yakin NFT merupakan salah satu platform yang baik untuk para artis bebas berkarya tanpa mengikut kehendak pelanggan dan menjualnya secara dalam talian. Klik di sini untuk mengetahui perkembangan lanjut mengenai Mumu The Stan.

5. Visitra Manikam

Sumber: the vibes

Berjaya menjadi antara anak Malaysia paling berjaya di platform OpenSea menjelaskan segalanya. Lebih membanggakan, terdapat karya NFT beliau yang berjaya dibeli oleh penyanyi rapper terkenal iaitu Snoop Dogg.

Menerusi perkongsian beliau menerusi laman The Vibes, beliau Visitri memaklumkan pembeli karya NFT beliau hadir daripada pelbagai negara yang terdiri daripada Amerika Syarikat, Britain, Jerman, China dan sebagainya.

Sumber: the vibes
Sumber: the vibes

Visitra turut mengakui berminat dengan teknologi NFT yang merupakan sebagian daripada Web 3.0 di mana data adalah decentralised serta para pengkarya dapat terus memperoleh keuntungan dengan setiap pembelian. Ketahui lebih lanjut hasil karya Visitra menerusi platform OpenSea dengan klik di sini.

6. Namawee

Anak seni tempatan yang berasal dari Johor  ini berjaya menjadi popular menerusi kariernya sebagai seorang rapper dan juga YouTuber. Dalam usaha untuk bebas daripada kawalan bank, Namawee turut memilih untuk menyertai dunia NFT dalam menawarkan karyanya menerusi platform OpenSea.

Siapa sangka, karyanya menjadi rebutan di mana beliau sudah berjaya meraih jumlah jualan mencecah 329ETH (~RM6.3 juta) kurang dari sebulan sejak beliau menyertai dunia NFT. Profail OpenSea Namawee boleh disemak dengan klik di sini.

Sumber: opensea

Kejayaan mereka ini yang berjaya meraih jumlah jualan yang tinggi ini jelas menunjukkan anak seni tempatan juga mampu bersaing di peringkat antarabangsa dalam menjadi pengkarya hebat.

Kehadiran NFT secara tidak langsung berjaya membantu para pengkarya dalam memapamerkan kreativiti serta memudahkan para peminat mendapatkannya secara sah menerusi harga yang ditetapkan.

Semoga lebih ramai lebih pengkarya tempatan dapat diwujudkan serta menyertai dunia NFT yang sekaligus bakal merancakkan lagi industri ini melihatkan kepada dunia NFT yang semakin berkembang.

Ikuti lebih lanjut kisah mengenai Mumu The Stan yang mulai menjual karya NFT hasil dorongan daripada Mike Shinoda.

https://www.thevocket.com/dengan-dorongan-mike-shinoda-wanita-malaysia-ini-mula-menjual-karya-seninya-di-nft/

Hanya Dalam Sehari, Karya NFT Namawee Berjaya Terjual Dengan Harga Mencecah RM4.94 Juta

Jualan Tertinggi Dalam Sejarah Pentas, Karya NFT ‘Sang Saka’ Terjual Dengan Harga RM45,880

Sumber