Boleh dikatakan majoriti kita sudah memiliki sebuah laptop untuk kegunaan seharian. Namun begitu, tahukah anda terdapat beberapa aksesori laptop yang diperlukan bersama untuk meningkatkan produktiviti menerusinya?

Aksesori-aksesori tambahan ini bakal melengkapkan lagi keperluan laptop yang sedang digunakan. Mari kita lihat enam aksesori laptop yang wajib anda dapatkan untuk produktiviti seharian.

1. UGREEN 100W GaN Charge

aksesori laptop
Sumber Gambar: Shopee

Pertama sekali, anda memerlukan sebuah pengecas GaN yang mana sangat berguna dalam seharian. Pengecas GaN ini dilengkapi dengan beberapa port USB-C yang satu daripadanya menyokong pengecasan pantas sehingga 100W serta hadir dengan satu tambahan port USB-A. Dengan ini, anda boleh mengecas empat peranti dalam masa yang sama sekaligus menjimatkan masa.

Rekaan pula sangatlah kompak yang membuatkan ia mudah untuk dimuatkan pada ruangan kecil di dalam beg anda. Menerusinya, terdapat teknologi Gan terkini yang mampu memastikan aliran arus yang lebih efisien dan mampu beroperasi sepanjang masa dengan suhu yang rendah.

Pengecas GaN keluaran UGREEN ini sedia ditawarkan dengan harga RM213.30 sahaja menerusi Shopee.

Beli Sekarang UGreen 100w GaN Charger

2. Xiaomi Mi Dual Mode Wireless Mouse Silent Edition

Sumber Gambar: Shopee

Untuk meningkatkan lagi produktiviti seharian menerusi laptop, anda boleh dapatkan sebuah mouse wireless yang berkualiti. Model mouse wireless keluaran Xiaomi ini menampilkan rekaan yang ergonomik sekaligus sedap dipegang untuk navigasi malah hadir dua butang pada sisi kiri untuk mudah beralih dari satu laman ke laman yang lain.

Tetikus ini juga boleh beroperasi dengan senyap apabila ditekan yang mana sesuai untuk digunakan pada tempat awam. Di samping itu, model ini juga mempunyai kemampuan kawalan kursor yang lancar dengan penjejakan tepat mencapai 1,300 dpi. Menariknya, anda boleh pautkan dan gunakan tetikus ini pada beberapa peranti sekaligus.

Buat anda yang berminat dengan Xiaomi Mi Dual Mode Wireless Mouse Silent Edition, kini sedia ditawarkan dengan harga RM47.90 di Shopee.

Beli Sekarang Xiaomi Mi Dual Mode Wireless Mouse Silent Edition

3. UGREEN Laptop Stand Holder 

aksesori laptop
Sumber Gambar: Shopee

Salah satu aksesori laptop keluaran UGREEN yang wajib didapatkan stand holder. Produk ini berguna dalam mendapatkan posisi yang terbaik untuk laptop sewaktu berkerja. Selain mempunyai rekaan yang kompak, ia boleh menampung laptop seberat 4KG serta berukuran 17-inci dengan bagus.

Ditambah pula, stand holder ini boleh dilaraskan ketinggian sehingga lima tahap di mana boleh menaikkan komputer riba anda ke paras mata yang sempurna dan meminimumkan keletihan mata, sakit belakang dan seumpamanya. Kelebihan menggunakan produk ini juga boleh memastikan aliran haba yang baik untuk menggelakkan masalah overheating berlaku.

Anda boleh dapatkan stand holder ini dengan harga RM48.01 melalui Shopee hari ini.

Beli Sekarang UGREEN Laptop Stand Holder

4. EYD 6 in 1 Type C Docking Station Multifunction

Sumber Gambar: Shopee

Boleh dikatakan kebanyakkan laptop yang ditawarkan di dalam pasaran hari ini tidak menawarkan jumlah port yang mencukupi. Oleh itu, anda sebaiknya mendapatkan docking station yang serba guna daripada jenama EYD yang mana sedia menawarkan sebanyak enam port pelbagai fungsi.

Menerusinya, terdapat dua jenis port USB A yang boleh digunakan untuk pengecasan peranti, satu jenis port HDMI atau PD untuk video projektor dan seumpamanya serta hadir dengan pembaca kad SD dan beberapa port tambahan lain. Menariknya, anda juga boleh gunakan produk ini pada pelbagai peranti lain seperti iPhone, iPad dan banyak lagi.

EYD 6 in 1 Type C Docking Station Multifunction kini dijual pada harga RM56.99 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang EYD 6 in 1 Type C Docking Station Multifunction

5. Golden Wolf Phase Ultra Light Travel Laptop Backpack

Sumber Gambar: Shopee

Anda juga semestinya mendapatkan sebuah beg laptop yang multifungsi untuk meningkatkan produktiviti seharian. Jenama Golden Wolf sedia menawarkan sebuah beg laptop yang serba guna dan canggih seperti menyertakan ruangan port USB untuk memudahkan pengecasan sesebuah peranti dan juga mempunyai ruangan yang banyak.

Beg ini juga mempunyai rekaan yang ergonomik sekaligus selesa untuk disandang pada tempoh yang lama malah mempunyai ciri kalis air yang lebih tahan lasak. Terdapat juga ruangan tambahan pada bahagian luar seperti tempat letak botol air dan kaca mata. Beg laptop ini bersesuaian untuk laptop yang berukuran 15.6-inci dan ke bawah.

Buat anda yang mahukan beg laptop serba guna ini, boleh dapatkan di Shopee pada harga RM80.80.

Beli Sekarang Golden Wolf Phase Ultra Light Travel Laptop Backpack

6. llano Screen Cleaning Kit Laptop LCD Monitor Screen 

Sumber Gambar: Shopee

Akhir sekali, anda perlu mendapatkan satu kit pembersihan untuk skrin laptop yang mana sangat penting untuk paparan yang baik serta menggelakan habuk terkumpul atau kuman. Dengan mendapatkan set pembersihan Ilano ini, anda akan dibekalkan dengan kain pengelap lembut, beberapa cecair pembersihan, berus kecil dan juga peniup mini.

Anda bukan sahaja boleh membersihkan skrin atau papan kekunci sahaja, ia juga sebenarnya boleh digunakan untuk sebarang peranti elektronik yang digunakan. Dengan berus dan peniup mini yang tersedia boleh memastikan setiap habuk kecil tidak akan terkumpul pada ruangan-ruangan kecil seperti di celah papan kekunci dan seumpamanya.

Anda boleh dapatkan kit serba guna ini dengan harga RM36.99 sahaja menerusi Shopee.

Beli Sekarang llano Screen Cleaning Kit Laptop LCD Monitor Screen 

Dengan memiliki aksesori laptop ini sememangnya boleh meningkatkan produktiviti seharian lebih-lebih lagi untuk mereka yang sering bergerak ke serata tempat dan juga pencipta konten. Diharapkan dengan senarai di atas dapat membantu anda mendapatkan keperluan yang sewajarnya untuk kegunaan di lapangan kerja.

Sementara itu, anda juga boleh mengetahui beberapa pilihan laptop mampu milik yang boleh didapatkan di bawah RM3,000 menerusi Shopee.

5 Laptop Mampu Milik Yang Anda Boleh Dapatkan Di Bawah RM3,000 Menerusi Shopee

5 Laptop Gaming Berkuasa Tinggi Yang Berbaloi Anda Boleh Dapatkan Di Shopee

Sumber