500,000 Akaun Zoom Telah Digodam Dan Dijual Pada Pasaran Gelap

Mulai popular sejak pandemik COVID-19 mulai menular, dapat dilihat orang ramai sudah mula berjinak-jinak dalam menggunakan servis video conference bagi tujuan pembelajaran mahupun membuat membuat perjumpaan dalam sesebuah syarikat.

Siapa sangka, di sebalik peningkatan pengguna Zoom, akaun aplikasi pengguna Zoom tidak terlepas menjadi mangsa godam pihak ketiga. Menerusi laporan terbaru, difahamkan sebanyak 500,000 akaun pengguna Zoom antara yang terkesan dimana akaun ini dijual di pasaran gelap.

Sumber: The Star

Berdasarkan angka akaun yang digodam pastinya membuatkan orang ramai khususnya pengguna Zoom. Walau bagaimanapun, melihat kepada jumlah peratusan pengguna Zoom yang sudah mencapai 250 juta setakat akhir Mac, dapat dilihat peraturan pengguna yang terkesan adalah amat rendah.

Buat anda atau syarikat yang dengan privasi yang mampu diceroboh, adalah dinasihatkan sekiranya untuk anda menggunakan aplikasi lain dalam memastikan privasi terjaga.

Menurut Cybel selaku syarikat sekuriti digital yang menemui pangkalan data akaun-akaun yang terkesan ini menasihatkan pengguna untuk kerap menukar kata laluan serta tidak menggunakan kata laluan yang sama pada akaun-akaun yang lain. Perkara ini dikhuatiri bakal memudahkan para penggodam menceroboh akaun anda.

Sumber: googleblog

Sebagai altenatif kepada aplikasi Zoom, anda yang mahu menjalankan video conference boleh juga menggunakan Google Hangout yang ditawarkan di laman web mahupun secara aplikasi. Setakat ini Google Hangout tidak mengalami sebarang masalah dalam menyokong sejumlah besar pengguna dalam sesebuah masa.

Sebelum ini, Google dan SpaceX telah mengharamkan para pekerja daripada menggunakan aplikasi Zoom.

https://www.thevocket.com/google-haramkan-para-pekerja-daripada-menggunakan-zoom/

https://www.thevocket.com/3-perbezaan-besar-google-duo-berbanding-apple-facetime/

Exit mobile version