Sejak nama Sofyank96 meletup baru-baru ini berikutan hasil suntingannya yang memukau, pastinya orang ramai berminat untuk mempelajari cara-cara menyunting video. Ditambah pula dengan kebanjiran YouTuber tempatan ketika ini, sudah pastinya skil ini antara yang diperlukan buat para YouTuber.

Pada kali ini saya ingin kongsikan beberapa ilmu video editing hasil bacaan di internet dan tontonan di YouTube. Video Promo event Fun Run ini adalah hasil editing yang saya hasilkan daripada tips yang dikongsikan.

1. Setting kamera: Frame rate per second (fps)
Film look dslr
Sumber: No Film School

Setting kamera yang betul penting untuk dapatkan video yang menarik dan mudah disunting. Pastikan rakam video menggunakan setting frame per second 60fps dan ke atas. Frame yang tinggi menyerlahkan movie look dan style cinematic. Lagi banyak frame lagi banyak option untu slow motion dan video kelihatan smooth. Nak edit gaya speed ramping pun seronok dan tak tersakiti hati & jiwa.

Fps yang rendah seperti 30fps atau 24fps menyebabkan glitch yang ketara untuk slow motion dan cinematic effect. Seperti video promo ini, glitch sangat kelihatan kerana setting kamera kami menggunapakai 24fps sahaja. Walaubagaimanapun, jika dah shoot footage 24fps atau 30fps, masih boleh pilih optical flow (FCPX atau Adobe Premiere) untuk smooth atau kurangkan frame rate.

2. Ubah colour grading dan masukkan cinema bar
74328321_1399001916925416_4135669243913961472_o
Sumber: Facebook Ridzuan

Bagi saya, persembahan video yang meniru style movie terutama video lakonan adalah video yang menarik. Feel dia lain macam. Selain daripada fps yang tinggi menampakan video cinematic, colour grading juga penting utk elemen cinematic tersebut.

Video yang dirakam dalam format RAW kebiasaannya pudar warnanya dan kelihatan flat. Tukar dullness tersebut kepada warna yang lebih hidup & eye-catchy. Anda boleh dapatkan LUT grading pack yang dijual atau percuma di internet. Masukkan cinema bar untuk melengkapkan lagi cinematic video style.

3. Masukkan Visual Effect 
73166627_1399001876925420_4258771454817992704_o
Sumber: Facebook Ridzuan

Visual effect atau Vfx adalah elemen yang berkesan utk menjadikn video lebih menarik. Tidak perlu pening untuk create from scratch effect yang dikehendaki. Boleh dapatkan vfx percuma melalui carian di YouTube dengan menaip ‘green screen footage’ dan ‘overlay effect’ video di YouTube.

Sebagai contoh dari video di atas, harimau adalah footage green screen dan The Flash effect adalah daripada footage overlay. Masukkan elemen2 tersebut mengikut kesesuaian video. Variasi effect lain seperti glow, sparkle, lighting, tech effect boleh didapati di youtube. Drag footage tersebut ke dalam timeline video dan klik chroma key dan layer type.

4. Gunakan free copyright music atau sound effect
copyright-free-music-1068×601
Sumber: EDM Sauce

Muzik adalah elemen penting menghidupkan jalan cerita video. Beribu soundtrack boleh dimuat turun daripada internet. Cuma bukan semua music yang dimuat turun tadi halal digunakan. Penggunaan music atau sound effect yang mengandungi copyright boleh menyebabkan video di banned dan salah dari segi undang-undang terutamanya untuk penggunaan komersial.

Selain itu, muzik yang dibeli di music store hanya boleh digunakan untuk penggunaan peribadi dan tidak boleh dimuat naik untuk kegunaan komersial terutama di Facebook dan YouTube. Pastikan anda cari muzik yang bebas royalti. Contoh laman yang menawarkan muzik bebas royalti adalah Bensound, Free Music Archive dan Audio Library daripada YouTube.

5. Cipta trik kamera dan masking
camerascanre
Sumber: Phys

Biasa tonton video Zach King? Kebanyakkan video magik yang dihasilkan hanya melalui simple trick kamera dan disunting melalui kaedah masking. Secara asasnya, mask hanya memerlukan footage pegun dan footage yang bergerak atau berubah untuk menjayakan trick video tersebut. Wajib menggunakan tripod ketika rakaman video untuk dapatkan footage pegun.

Sebagai contoh, permulaan video Fun Run di atas dua muncul secara green lighting effect beserta gabungan footage padang yang kosong. Trick ini saya masih belajar dan aplikasi dalam video ini nampaknya kurang menjadi. Dalam kebanyakan software video editing, hanya mid level hingga pro level pilihan layer mask ini boleh didapati. Explore cara keyframe berfungsi dan cara trace masking maka trick ini akan mudah dikuasai.

Sekadar lima tips sahaja yang dikongsi. Moga bermanfaat dan dapatlah diaplikasikan oleh video editor untuk hasilkan video lebih menarik. Buat anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tips suntingan video anda boleh klik di sini untuk ke channel YouTube saya.

Kami kongsikan kepada beberapa tips lain melibatkan Wi-Fi, penjimatan bateri telefon pintar serta latihan industri yang bakal berguna buat anda. Klik pautan di bawah untuk bacaan penuh.

https://www.thevocket.com/3-cara-pengguna-unifi-boleh-dapatkan-penggunaan-wi-fi-yang-lebih-baik/

https://www.thevocket.com/tips-untuk-jimatkan-bateri-smartphone-selain-daripada-membawa-power-bank/

https://www.thevocket.com/20-tips-latihan-industri-dari-kaca-mata-seorang-pensyarah/