Kesedaran orang ramai mengenai kesihatan tubuh badan telah menjadi isu penting pada PKP kali ini. Orang ramai telah mula mengamalkan gaya hidup sihat bagi mengekalkan tubuh badan dan mental yang cergas.
Kini teknologi smart band sudah mampu untuk menyediakan pelbagai fungsi untuk menjejaki tahap kesihatan anda dengan lebih tepat. Pada kali ini, kami kongsikan lima smart band yang hadir dengan beberapa fungsi menarik sedia untuk didapatkan dengan harga di bawah RM200.
1. Xiaomi Mi Band 6
Smart band ini didatangi dengan skrin AMOLED 1.56-inci yang mampu memaparkan isi kandungan dengan lebih jelas dan cantik. Model ini hadir dengan fungsi Real-time Heart Monitor dan Sleep monitor bagi mengukur bacaan denyutan nadi dengan laporan lengkap serta membaca kualiti tidur pada setiap hari.
Jangka hayat bagi Xiaomi Mi Band 6 pula adalah sehingga 14 hari untuk satu pengecasan penuh. Anda boleh mendapatkan smart band ini hanya serendah RM164 dengan klik di sini. Berdasarkan tinjauan di Shopee, Xiaomi Mi Band 6 merupakan model smart band paling popular menerusi jumlah pembelian orang ramai.
2. Oppo Band Health Guardian
Oppo juga tidak ketinggalan dengan kehadiran Oppo Band Health Guardian yang dilengkapi skrin bersaiz 1.1 inci di mana pengguna berpeluang mengubah paparan muka jam sehingga 40 rekaan berlainan.
Terdapat juga fungsi real-time bacaan kualiti tidur dan kadar denyutan. Oppo Band Health Guardian disertakan dengan 12 mod workout dan kalis air sehingga 50 meter kedalaman. Sayangnya band ini tidak menyokong peranti iOS. Kini anda boleh dapatkan pada serendah RM159 sahaja.
3. Honor Band 6 Smart Wristband
Model ini disertakan dengan skrin AMOLED bersaiz 1.47 inci serta lebih daripada lebih 100 rekaan wallpaper yang tersedia. Honor Band 6 Smart Wristband mampu bertahan sehingga dua minggu untuk pengecasan penuh. Setiap pembelian turut diberikan pengecasan pantas magnetic.
Selain itu, model ini turut menyokong pemantauan pintar denyutan nadi dan sokongan pemeriksaan blood oxygen saturation Sp02. Bukan itu sahaja, Honor Band 6 Smart Wristband turut disertakan dengan fungsi pengurusan kitaran haid wanita. Anda boleh dapatkan band ini pada harga RM153 sahaja.
4. Amazfit Band 5 Fitness
Antara fungsi yang disertakan pada Amazfit Band ini ialah bacaan oksigen dalam darah malah mengawasi denyutan jantung menggunakan teknologi terbaru huami-proprietary BioTracker™ 2 PPG bio-tracking optical sensor bagi bacaan yang lebih tepat.
Turut hadir bersama adalah sokongan bacaan tahap stress dan kitaran haid serta tempoh ovulasi wanita. Kini anda boleh membeli Amazfit Band 5 Fitness pada harga RM129.
5. Huawei Band 4e
Pelbagai fungsi semakan tahap kesihatan yang disediakan pada Huawei Band 4e. Antaranya adalah sokongan 9 metrik bentuk larian yang merangkumi corak pukulan, hentakan dan pendaratan kaki yang dianalisis oleh aplikasi yang dihasilkan oleh Huawei dan China Institute of Sport Science. Jam ini boleh digunakan oleh peranti Android dan iOS.
Lebih menarik, model ini merupakan model smart band dengan harga terendah daripada senarai kami. Huawei Band 4e sedia didapatkan dengan harga RM119 sahaja.
Menerusi penggunaan smart band yang sedia digunakan sebagai sebuah jam tangan, anda boleh menyemak tahap kesihatan anda dengan lebih mudah. Selain itu, penggunaan smart band ini pastinya memudahkan anda dalam merekod dan menjejak rutin senaman yang dilakukan.
Tonton juga review realme Band yang hadir dengan harga berbaloi dan disertakan dengan beberapa fungsi menarik untuk kegunaan pengguna.
Vocket Review: realme Band, ‘Fitness Tracker’ Serba Boleh 2020
Garmin Sahkan Digodam Pihak Luar Serta Diugut Dengan Bayaran RM42.52 Juta