Musim cuti akhir tahun bakal menjelang tidak lama lagi dan pasti ramai yang bercadang untuk berjumpa bersama kenalan rapat mahupun keluarga yang tersayang. Memandangkan sudah lama tidak berjumpa, mungkin anda mahu berikan hadiah untuk meraikan hari istimewa bersama mereka.

Terdapat pelbagai produk Apple yang anda boleh pertimbangkan untuk dijadikan hadiah buat yang tersayang pada kali ini. Mari kami kongsikan lima produk Apple yang berbaloi dijadikan hadiah yang boleh didapati dengan mudah menerusi laman rasmi Apple.

1. iPhone 13

produk apple
Sumber Gambar: Apple

iPhone 13 sememangnya menjadi pilihan hadiah yang cukup bersesuaian untuk orang ramai. Terdapat penawaran sebanyak empat model iaitu iPhone 13 mini, iPhone 13, iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Max yang dilengkapi pelbagai ciri menarik menerusinya bersama pelbagai aneka warna baharu yang boleh dipilih mengikut citarasa anda.

Penggunaan skrin jenis Super Retina XDR boleh memaparkan konten dengan jelas dan tajam yang membuatkan pengalaman pelayaran yang lebih menyeronokkan. Bukan itu sahaja, sistem kamera yang dipertingkatan juga dapat menghasilkan gambar dan video yang cantik walaupun di dalam keadaan yang gelap.

Sumber Gambar: Apple

Dikuasakan pula dengan cip pemprosesan A15 Bionic yang menjanjikan prestasi yang pantas berserta pengurusan bateri yang efisien untuk tempoh penggunaan yang lebih lama. Terdapat perlindungan Ceramic Rhino Shield pada bahagian hadapan yang cukup kuat. Anda boleh dapatkan siri iPhone 13 bermula pada harga RM3,399 sehingga RM5,299.

2. iPad Mini

produk apple
Sumber Gambar: Apple

iPad juga merupakan peranti penting pada hari ini yang boleh meningkatkan produktivti harian serta mengembangkan kreativiti individu dengan aplikasi yang tersedia. Oleh itu, iPad Mini juga boleh dijadikan hadiah untuk kegunaan jangka masa panjang. iPad mini memberikan kebebasan untuk berkerja, belajar dan juga berhubung dengan mudah walau di mana jua.

Skrin panel Liquid Retina bersaiz 8.3-inci dengan cip pemprosesan baharu yang mampu menawarkan kuasa pemprosesan CPU 40% lebih pantas dan 80% lebih berkuasa GPU berbanding model iPad sebelum ini. iPad mini turut mempunyai kamera yang dikemas kini untuk berkomunikasi bersama tersayang mahupun menangkap gambar dengan kualiti yang bagus.

produk apple
Sumber Gambar: Apple

iPad mini turut menyokong rangkaian 5G dalam memudahkan melakukan tugasan pada bila-bila masa dan juga menyokong pengecasan pantas 20W. Kini anda boleh dapatkan sebuah tablet serba lengkap dengan harga serendah RM2,299 untuk model WiFi dan RM2,949 untuk model WiFi dan sokongan selular dengan empat pilihan warna yang menarik.

3. Apple Watch

Sumber Gambar: Apple

Selain itu, Apple Watch juga merupakan sebuah peranti yang sangat berguna dalam memantau tahap kesihatan dan kesejahteraan untuk orang tersayang. Apple Watch Series 7 pada kali nampaknya turut menawarkan beberapa fungsi terbaru serta masa pengecasan juga turut dipertinkatkan. Terdapat beberapa aplikasi pemantauan kesihatan yang boleh digunakan menerusinya.

Rekaan yang ditawarkan pada kali ini lebih nipis berbanding sebelum ini dan menawarkan saiz skrin 20% lebih besar untuk memastikan informasi padanya boleh dilihat dengan mudah. Model terbaru ini juga lebih tahan lasak dengan kalis air dan kalis habuk serta mempunyai ketahanan yang tinggi dengan penggunaan teknologi kristal.

Sumber Gambar: Apple

Apple Watch Series 7 sedia ditawarkan pada harga RM1,749 dengan lima pilihan warna kes seperti hitam, hijau, biru, merah dan emas.

4. AirPods

Sumber Gambar: Apple

AirPods generasi ketiga merupakan antara produk yang anda boleh pertimbangkan untuk dijadikan hadiah pada musim cuti kali ini. AirPods merupakan fon telinga TWS yang paling popular di dunia dengan kehadiran rekaan serba baharu bersama sokongan Spatial Audio dan menjanjikan penggunaan lebih lama di dalam seharian

Selain itu, ia juga didatangkan dengan ciri kalis air dan peluh yang sekaligus sesuai untuk digunakan sewaktu bersukan dan dipadankan bersama Apple Watch pula. Sementara untuk versi Pro, anda boleh menikmati ciri pembatalan bunyi hingar apabila mahukan ketenangan dari bunyi dunia sebenar.

Sumber Gambar: Apple

Untuk menikmati penghasilan audio yang baik, sudah pasti anda boleh dapatkan versi Max yang boleh menandingi jenama-jenama popular pilihan audiophile. Kini AirPods ditawarkan pada tanda harga RM829, sementara model AirPods Pro pula berharga RM1,099 dan akhir sekali AirPods Max yang dijual pada harga RM2,399.

5. AirTag

Sumber Gambar: Apple

Pada hari ini, kita semua mempunyai pelbagai barangan yang dibawa bersama sewaktu keluar ke sesuatu tempat dan terkadang boleh terlupa lokasi sebenarnya. Oleh itu, anda boleh mendapatkan AirTag iaitu sebuah penjejak yang boleh dipasang pada barangan kesayangan anda yang sekaligus membolehkan pencarian dengan mudah melalui iPhone sahaja.

Dilengkapi dengan cip U1 bersama kalis debu dan air serta speaker terbina membolehkan proses pencarian barang lebih mudah dan tepat menerusi fungsi Precision Finding. Pengguna hanya perlu mengakses aplikasi Find My di bawah Apple yang mana menggunakan rangkaian sama dalam menjejaki iPhone, iPad dan sebagainya.

produk apple
Sumber Gambar: Apple

Aksesori ini juga didatangkan dengan pelbagai warna menarik bersamanya dan boleh diletakkan engraving termasuklah teks dan emoji bagi menambah keunikan tersendiri. Bateri pula boleh bertahan sehingga setahun lamanya. Anda berpeluang mendapatkan sebuah AirTag pada harga RM129 atau empat sekaligus yang berharga RM419 sahaja.

Semoga dengan pilihan produk Apple yang dicadangkan dapat mengembirakan hati mereka pada kali ini. Malah, kesemua produk Apple ini dapat memberikan pelbagai manfaat untuk meningkatkan produktiviti mahupun melengkapkan keperluan seharian buat yang tersayang.

Sementara itu, tahukah anda bermula iPhone 12 dan ke atas sahaja yang mempunyai rangkaian internet 5G setakat ini?

8 Model iPhone Yang Menyokong Rangkaian Internet 5G Setakat Ini

Berbaloi Dan Berkualiti Tinggi, Ini 6 Case iPhone 13 Yang Boleh Anda Dapatkan Di Shopee

Sumber