Sebahagian syarikat pengeluar telefon kini hadir berkolaborasi bersama ikon atau jenama terkemuka dengan menawarkan telefon pintar edisi terhad buat peminatnya. Dengan rekaan serta ciri yang unik, pasti ramai mahu menjadikan ia sebagai koleksi peribadi.

Malah, sudah semakin banyak syarikat pengeluar yang memperkenalkan telefon pintar edisi terhad sejak kebelakangan ini. Berikut merupakan  senarai beberapa pilihan telefon pintar edisi terhad yang anda boleh dapatkan pada tahun ini.

1. realme 9 Pro+ Free Fire Edition

Sumber Gambar: Shopee

Pertama sekali, anda boleh mendapatkan sebuah telefon pintar edisi terhad dengan tema permainan terkemuka dengan harga berbaloi. Model ini dilengkapi dengan spesifikasi padu seperti skrin paparan bersaiz 6.4-inci Super AMOLED dengan sokongan refresh rate 90Hz. Model edisi terhad ini juga terhad kepada varian memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Bateri berkapasiti 4,500 mAh bersama sokongan pengecasan pantas 60W.

Dari segi kosmetik, bahagian panel belakang terdapat gabungan elemen permainan terkemuka itu seperti corak dan perkataan booyah padanya. Malah, pin kad sim telah diubah suai dengan bentuk pisau di dalam permainan. Anda juga akan mendapat beberapa barangan promosi yang lain di dalam kotak peranti tersebut.

Anda boleh mendapatkan model realme 9+ Pro Free Fire Edition dengan harga serendah RM 1,499 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang realme 9+ Pro Free Fire Edition

2. realme GT Neo 2 Dragon Ball Edition

Sumber Gambar: Shopee

Selain berkolaborasi bersama permainan terkemuka, pihak realme juga sedia menawarkan telefon pintar yang khas buat peminat Dragon Ball buat peminatnya. Peranti yang ditawarkan telah digabungkan unsur-unsur animasi DBZ pada produk dan reka bentuk UI telefon itu seperti penggunaan kombinasi warna oren dan biru pada bahagian panel belakang yang diinspirasikan oleh pakaian karekter utama.

Malah, model edisi khas ini membawakan sebanyak 72 ikon UI aplikasi tersuai dengan Dragon Ball serta menampilkan animasi karakter Goku bertukar kepada Super Saiyan sewaktu pengecasan. Spesifikasi dalaman juga tidak kurang hebatnya yang mana dilengkapi cip Snapdragon 870 bersama memori 12GB RAM dan storan dalaman 256GB.

realme GT Neo 2 Dragon Ball Edition ini boleh didapatkan di Shopee dengan harga RM1,712.

Beli Sekarang realme GT Neo 2 Dragon Ball Edition

3. Xiaomi Redmi Note 11T Pro + Astro Boy

Sumber Gambar: Shopee

Animasi Astro Boy ini sememangnya sangat terkenal di seluruh dunia sekaligus menarik minat pihak Xiaomi untuk menawarkan peranti edisi terhadnya. Model edisi khas ini menampilkan rekaan yang premium dan minimalis dengan memaparkan  lukisan imej karakter terkenal tersebut pada bahagian panel belakang.

Selain itu, peranti ini disertakan beberapa ciri eksklusif lain termasuklah rekaan kotak bertemakan animasi Astro Boy bersama pelekat menarik dan juga pada bahagian perisian pula hadir dengan wallpaper khas. Bagaimanapun, spesifikasi peranti ini masih sama seperti model Xiaomi Redmi Note 11T Pro yang biasa.

Jika anda mahu mendapatkan telefon pintar eksklusif bertemakan Astro Boy, kini sedia dijual pada harga RM 2,148 di Shopee.

Beli Sekarang Xiaomi Redmi Note 11T Pro + Astro Boy

4. realme GT Neo 3 Naruto Limited Edition

telefon pintar edisi terhad
Sumber Gambar: Shopee

Pada kali ini, realme juga menawarkan sebuah lagi peranti edisi khas yang mana menawarkan model GT Neo 3 bertemakan animasi Naruto. Antara ciri menarik yang dibawakan pada perantinya seperti kemasan simbol Konohagakure bersama-sama dengan penjenamaan realme x Naruto pada plat kamera dan juga kombinasi warna hitam dan oren di panel belakang.

Menariknya, set edisi khas ini didatangkan dengan beg skrol ninja yang kelihatan seperti beg sandang mini. Spesifikasi dalaman menampilkan penggunaan 5nm Mediatek 8100 5G dengan padanan memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman 256GB. Peranti ini juga dibekalkan kapasiti bateri sebesar 5,000 yang turut menyokong teknologi pengecasan pantas SuperDart 80W.

Kini realme GT Neo 3 Naruto Limited Edition sedia ditawarkan dengan harga RM 2,388 sahaja di Shopee hari ini.

Beli Sekarang realme GT Neo 3 Naruto Limited Edition

5. Red Magic 7 Pro Transformers Edition

telefon pintar edisi terhad
Sumber Gambar: Shopee

Sebuah lagi model edisi terhad yang pasti menarik minat ramai sudah semestinya Red Magic 7 Pro Transformers Edition. Menerusi model eksklusif ini, anda bakal ditawarkan dengan peranti yang telah digayakan tema Transformers malah menyediakan beberapa aksesori khas seperti kerangka istimewa, pin kad SD dan juga lencana imej ikon itu.

Memandangkan ini merupakan peranti untuk gaming, spesifikasi dalaman yang padu sudah boleh dijangkan menerusinya. Terdapat dua jenis model yang ditawarkan dengan membawakan ciri tersendiri antara karakter utama iaitu Optimus Prime dan karakter Antagonis iaitu Megatron dengan menampilkan warna-warna yang terdapat pada karakter berkenaan.

Kini anda boleh mendapatkan Red Magic 7 Pro Transformers Edition dengan harga RM5,599 di Shopee.

Beli Sekarang Red Magic 7 Pro Transformers Edition

Kesemua peranti yang disenaraikan ini sememangnya menjadi rebutan ramai malah ia boleh menjadi satu pelaburan lumayan jika mahu dijual kelak. Sebahagian model edisi khas ini pula kebiasaannya terhad kepada sesetengah pasaran yang sekaligus membuatkan anda tampak istimewa jika mampu memilikinya.

Sementara itu, anda juga boleh mengetahui pilihan-pilihan telefon pintar yang berbaloi dan berkualiti di bawah RM2,000 di Shopee.

Mampu Milik Dan Berbaloi, Ini 5 Smartphone Bawah RM2,000 Yang Boleh Anda Dapatkan Di Shopee

6 Aksesori Laptop Yang Wajib Anda Dapatkan Untuk Tingkatkan Produktiviti Seharian

Sumber