Bermula hari ini, sejumlah platform membeli belah seperti Shopee bakal mengadakan jualan istimewa dengan potongan harga untuk pelbagai produk. Antara barangan yang menjadi buruan ramai sewaktu jualan istimewa berlangsung sudah semestinya barangan elektronik.

Malah, sebahagian jenama terkemuka turut berbesar hati memberikan baucar khas untuk potongan yang lebih tinggi. Buat anda yang berhasrat untuk mendapatkan telefon pintar baharu, kami membawakan cadangan lima pilihan telefon pintar 5G berbaloi didapatkan bawah RM2,000 sahaja.

1.Samsung Galaxy M52 5G

Sumber Gambar: Shopee

Telefon pintar ini hadir dengan skrin 6.7-inci Super AMOLED dengan sokongan refresh rate 120Hz. Selain itu, ia dilengkapi cip Snapdragon 778G serta memori 8GB RAM bersama storan dalaman storan sebesar 128GB. Malah, model ini turut dimuatkan bateri sebesar 5,000mAh dengan pengecasan pantas 25W.

Untuk rakaman gambar, Galaxy M52 5G hadir dengan kamera utama sebesar 64MP, dan dilengkapi sensor ultra-lebar 12MP dan sensor makro 5MP sementara kamera swafoto sebesar 32MP. Terdapat juga sokongan ruanga mikro SD sehingga 1TB serta pengimbas cap jari untuk ciri sekuriti.

Model Samsung Galaxy M52 5G kini boleh didapatkan pada harga RM1,099 menerusi Shopee.

Beli Sekarang Samsung Galaxy M52 5G

2. Redmi Note 11 Pro 5G

Sumber Gambar: Shopee

Xiaomi sedia menawarkan sebuah model bajet yang serba canggih dengan harga berpatutan. Model ini menggunakan skrin AMOLED bersaiz 6.67-inci bersama sokongan refresh rate 120Hz. Malah, ia dikuasakan dengan cip terkini Snapdragon 695 serta memori sehingga 8GB RAM dan storan dalaman 128GB yang pasti dapat memenuhi keperluan seharian.

Kamera utama pula mencapai 108MP bersama beberapa sensor khas dan kamera swafoto 16MP. Menariknya, bateri sebesar 5,000mAh yang tersedia turut menyokong pengecasan pantas 33W supaya boleh dicas penuh dalam masa yang singkat. Terdapat pengimbas cap jari di sisi, IR Blaster, NFC dan sebagainya.

Anda boleh dapatkan Redmi Note 11 Pro 5G pada harga RM1,299 melalui Shopee hari ini bersempena acara jualan 7.7.

Beli Sekarang Redmi Note 11 Pro 5G

3. realme 9 Pro+

Sumber Gambar: Shopee

Model realme 9 Pro+ ini menampilkan skrin Super AMOLED sebesar 6.4-inci dengan sokongan refresh rate 90Hz. Kemudian, dipadankan dengan cip Mediatek Dimensity 920 bersama memori mencapai 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB. Bersamanya, kapasiti bateri sebesar 4,500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 60W Superdart.

Kamera utama pula terdiri gabungan tiga lensa merangkumi 50MP+8MP+2MP yang dibawakan sokongan beberapa ciri tambahan seperti OIS, EIS dan AI Noise Reduction Engine 3.0 untuk hasil penggambaran lebih baik. Dari segi audio, hadir dengan speaker stereo untuk pengalaman audio yang imersif menerusinya.

Kini anda boleh mendapatkan realme 9 Pro+ dengan harga khas iaitu RM1,619 sahaja menerusi Shopee.

Beli Sekarang realme 9 Pro+

4. OPPO Reno6 5G

Sumber Gambar: Shopee

Akhir sekali, anda boleh pertimbangkan model OPPO Reno6 5G yang mana dilengkapi spesifikasi padu dengan harga berbaloi. Model ini dilengkapi skrin AMOLED berukuran 6.4-inci dengan resolusi FHD+ serta sokongan refresh rate 90Hz. Dijana pula dengan cip MediaTek Dimensity 900 serta memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB.

Bateri berkapasiti 4,300 mAh yang menyokong pengecasan 65W. Kamera utama terdiri dengan tetapan 64MP utama, 8MP untuk ultra-lebar dan 2MP untuk makro. Kamera hadapan pula sebesar 32MP. Spesifikasi lain termasuklah pengimbas cap jari pada skrin, sokongan rangkaian 5G, menjalankan ColorOS11 berasaskan Android dan banyak lagi.

OPPO Reno6 5G ini boleh didapatkan dengan harga RM1,699 sahaja di Shopee hari ini.

Beli Sekarang OPPO Reno6 5G

5. vivo X70 5G

Sumber Gambar: Shopee

Model X70 ini hadir dengan skrin 6.56 inci AMOLED FHD+ bersama 120Hz refresh rate dan dijana oleh cip Mediatek Dimensity 1200. Ditambah pula padanan memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB dan bateri sebesar 4,400 mAh yang menyokong pengecasan 44W.

Dari segi kamera pula, lensa utama sebesar 40MP sudut lebar, 12MP ultra sudut lebar, dan 12MP potret. Kamera hadapan pula menggunakan lensa sebesar 32MP juga. Model ini memang direka khas untuk fotografi kerana mempunyai ciri penstabilan yang baik. Di samping itu, terdapat pengimbas cap jari pada skrin untuk akses masuk yang lebih pantas.

Anda boleh dapatkan vivo X70 5G dengan harga RM1,799 sahaja melalui Shopee.

Beli Sekarang vivo X70 5G

Model-model yang disenaraikan ini dilihat sangat berbaloi kerana dilengkapi spesifikasi yang bagus dalam masa yang sama boleh menyokong rangkaian 5G. Dengan pembelian ini, anda sekaligus boleh menggunakan telefon pintar ini untuk jangka masa panjang serta menikmati internet berkelajuan tinggi 5G yang sedia ditawarkan tidak lama lagi.

Ikuti juga berita viral mengenai seorang lelaki kongsikan sisi gelap aplikasi Trevo sehingga menyebabkan kereta Alphard miliknya hilang.

Toyota Alphard Hilang Semasa Sewaan, Lelaki Ini Kongsi ‘Sisi Gelap’ Aplikasi Trevo

YouTuber Popular MKBHD Secara ‘Tidak Sengaja’ Tiriskan Tarikh Pelancaran MacBook Air M2

Sumber