Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Sebagai memenuhi keperluan harian, anda sudah pasti mahu mendapatkan telefon mampu milik yang boleh digunakan dengan lancar untuk perkara-perkara mudah. Kini anda boleh dapatkan sebuah telefon yang cukup baik pada harga berpatutan.

Setiap jenama pada hari ini sedia menawarkan pelbagai jenis telefon entry untuk pengguna di luar sana. Mari kita lihat lima pilihan telefon mampu milik yang boleh didapati bawah RM500.

1. ZTE Blade A52

telefon mampu milik
Sumber Gambar: Shopee

ZTE Blade A52 hadir dengan skrin 6.52-inci, dijana cip Unisoc 1.6Ghz, memori 2GB RAM, dan storan 64GB. Untuk menjamin penggunaan sepanjang hari, model ini dimuatkan dengan bateri sebesar 5,000mAh. Rekaan juga tampak moden serta masih boleh dikendalikan dengan mudah untuk kegunaan seharian.

Pada bahagian kamera hadir konfigurasi tri-kamera pad bahagian belakang iaitu gabungan 13MP + 2MP + 2MP. Telefon ini turut hadir dengan sokongan NFC  yang mana membolehkan anda menambah nilai kad TNG secara NFC dengan mudah. Malah, terdapat sokongan dual-sim yang sangat berguna untuk mereka yang mempunyai dua nombor telefon.

Kini ZTE Blade A52 boleh didapatkan pada harga serendah RM389 sahaja menerusi Shopee.

Beli Sekarang ZTE Blade A52

2. Infinix Hot 11 Play

telefon mampu milik
Sumber Gambar: Shopee

Model ini merupakan antara pilihan ramai oleh kerana spesifikasi yang ditawarkan cukup menarik pada harga bajet. Infinix Hot 11 Play didatangkan dengan paparan sejenis IPS LCD berukuran 6.82-inci beresolusi HD+. Dipadankan pula dengan cip MediaTek Helio G35, memori sebesar 4GB RAM dan storan dalaman sehingga 64GB.

Tetapan kamera adalah 13MP + AI Lens. Peranti ini berkemampuan merakam video mencapai 1080/30fps. Bateri yang disertakan pula adalah 6,000mAh. Lain-lain spesifikasi termasuklah – bicu audio 3.5mm, pengimbas cap jari sisi, menjalankan sistem Android 11 berasaskan antara muka XOS 7.6 dan sebagainya.

Sekiranya anda berminat, kini sedia ditawarkan pada harga RM419 melalui Shopee hari ini.

Beli Sekarang Infinix Hot 11 Play

3. Realme Narzo 50i

Sumber Gambar: Shopee

Realme Narzo 50i menggunakan skrin berukuran 6.5-inci LCD beresolusi HD+. Ia juga dijana oleh cip lapan teras dengan kelajuan sehingga 1.6GHz bersama padanan GPU IMG 8322, memori 4GB RAM dan storan dalaman 64GB. Malah, pihak realme juga menggunakan kemasan polikarbonat untuk lebih tahan lasak.

Sekejap • Belajar cara trade NFT dalam Bahasa Melayu. Belajar Sekarang!

Tetapan kamera utama pula adalah 8MP yang turut disertakan dengan kamera swafoto sebesar 5MP. Spesifikasi menarik lain termasuklah bateri sebesar 5000mAh yang turut menyokong pengecasan berbalik, bluetooth 4.2, bicu audio 3.5mm dan banyak lagi.

Anda kini boleh dapatkan telefon realme ini pada harga RM429 di Shopee.

Beli Sekarang Realme Narzo 50i

4. Samsung Galaxy A11

Sumber Gambar: Shopee

Anda juga boleh mencuba sebuah telefon bajet keluaran Samsung yang serba mampu milik. Samsung Galaxy A11 dilengkapi 6.4″ TFT LCD HD+, dijana cip lapan teras dengan kelajuan 1.8GHz , memori sehingga 3GB RAM, storan sebesar 32GB dan bateri sebesar 4000 mAh.

Spesifikasi kamera utama ialah 13+5+2 Megapixel dan juga kamera swafoto sebesar 8MP. Model ini juga menyokong pengecasan pantas 15W, bicu audio 3.5mm diletakkan pada bahagian atas dan pengimbas cap jari pada panel belakang.

Kini anda boleh dapatkan pada harga RM459 sahaja di Shopee hari ini.

Beli Sekarang Samsung Galaxy A11

5. Xiaomi Redmi 10C

telefon mampu milik
Sumber Gambar: Shopee

Redmi 10C telah dilengkapi dengan skrin 6.71-inci IPS LCD dengan resolusi FHD+. Bersama-sama dengan cip Snapdragon 680, ia turut dipadankan dengan memori 4GB RAM dan storan mencapai 128GB.  Bateri pula adalah sebesar 5000mAh yang menyokong pengecasan 18W.

Dari segi fotografi, model ini menampilkan konfigurasi dwi-kamera dengan tetapan 50MP + 2MP. Kamera hadapan pula sebesar 5MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah port sambungan USB-C, pengimbas cap jari fizikal dan sebagainya.

Anda boleh dapatkan Redmi 10 C ini pada harga RM484 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang Xiaomi Redmi 10C

Di antara kesemua model yang disenaraikan, Xiaomi Redmi 10C tampil menampilkan sejumlah ciri menarik seperti lensa kamera yang besar, bateri yang mampu bertahan sepanjang hari dan juga menggunakan port sambungan USB-C. Harga yang ditawarkan juga sangat lumayan kerana boleh didapatkan di bawah RM500.

Dengan mendapatkan telefon bajet yang relevan, aktiviti seharian anda akan menjadi lebih lancar dan boleh menyokong pelbagai aplikasi terkini. Model ini juga sangat sesuai didapatkan untuk anak-anak kerana sangat memadai untuk keperluan tugasan yang diberikan oleh guru.

Selain itu, anda juga perlu mengetahui pilihan webcam terbaik untuk kegunaan seharian anda.

6 Pilihan Webcam Terbaik Dengan Kualiti Imej Dan Audio Yang Jelas Di Shopee

Kompak Dan Berkualiti, Ini 5 Pilihan Instant Camera Yang Anda Boleh Dapatkan Di Shopee