Dunia kripto telah menarik minat ramai orang yang mahukan aset digital yang boleh dijadikan sebagai pelaburan. Kini kombinasi permainan dan kripto telah merancakkan lagi pertumbuhan jumlah pengguna menerusinya dan terdapat istilah baharu yang dikenali sebagai “play to earn” atau p2e.

Terdapat sejumlah permainan yang boleh ditawarkan kepada pemain yang mahu bermain secara santai sementara menjana pendapatan sampingan berasaskan kriptowang. Malah, permainan-permainan ini boleh dimainkan melalui pelbagai peranti dengan mudah. Berikut merupakan permainan kripto yang anda boleh cuba untuk menjana pendapatan sampingan.

1. Axie Infinity

permainan kripto
Sumber Gambar: Niko partners

Axie Infinity merupakan permainan NFT paling terkenal di seluruh dunia. Para pemain boleh mengumpul Axies untuk melakukan eksplorasi ataupun berlawan bersama pemain lain untuk menerima ganjaran. Bukan itu sahaja, Axies juga boleh dibiakkan untuk menghasilkan Axies baru yang mempunyai ciri yang unik.

Ganjaran yang diterima boleh digunakan untuk pelbagai tujuan seperti pembelian Axies di marketplace atau pembiakan dan sebagainya. Kosnya yang tinggi memerlukan sejumlah wang dilaburkan untuk mendapatkan pasukan yang kuat. Ditambah pula permainan ini sudah wujud di pasaran sejak sekian lama menjadikan ia dipercayai oleh semua orang.

2. Blankos Block Party

permainan kripto
Sumber Gambar: VentureBeat

Permainan ini masih baharu di pasaran dan dijangka bakal meletup pada masa kelak. Permainan ini telah dibina hasil kerjasama pembangun permainan terkemuka seperti Call of Duty, World of Warcraft dan Guitar Hero. Blankos membawakan elemen perlumbaan yang menyeronokkan di dalam dunia 3D yang cukup vibran.

Tidak seperti permainan lain, anda boleh bermain secara percuma tanpa membeli sebarang karakter. Malah, anda boleh memiliki sejumlah karakter dan kosmetik berasaskan NFT menerusinya yang boleh dijual melalui pasaran. Penerbit permainan ini turut telah menandatangani perjanjian dengan DJ deadmau5 dan jenama mewah Burberry untuk menarik lebih ramai pemain ke platform mereka.

3. Splinterlands

permainan kripto
Sumber Gambar: ReviseSociology

Seterusnya, permainan ini pula sangat bersesuaian buat anda yang sibuk sementara mahu menjana pendapatan kripto secara sampingan. Splinterlands merupakan sebuah permainan kad strategi yang bakal dimainkan secara automatik oleh komputer. Jadi, anda hanya perlu fokus dalam pembangunan dek kad untuk bertempur.

Anda juga boleh menjual sejumlah kad yang terkumpul kepada pemain menerusi marketplace untuk mendapatkan kriptowang tersebut. Dari segi permainan, anda hanya perlu memenangi perlawanan bersama pemain lain atau menyelesaikan tugasan dan boleh menerima ganjaran atau chest yang berisikan kad.

4. The Sandbox

permainan kripto
Sumber Gambar: DeFi Republic

Selain itu, The Sandbox pula merupakan permainan metaverse berasaskan Voxel dan salah satu platform NFT paling aktif di mana pemain boleh memperdagangkan aset maya. Dengan menggunakan VR, anda boleh menyelami dunia Sandbox dengan lebih realistik sementara menjana kriptowang menerusinya.

Permainan berkonsepkan pembinaan objek seperti Minecraft dan Roblox yang dikenali ramai. Anda boleh membangunkan pelbagai objek lalu dijual pada platform pasaran tsrsebut. Penggunaan LAND yang merupakan aset token NFT di dalam permainan ini. Ditambah pula nilai token yang kian meningkat menjadikan harga aset-aset di dalam permainan turut melonjak naik.

5. Sorare

Sumber Gambar: Boardroom.tv

Akhir sekali, Sorare merupakan permainan kad dagangan fantasi bola sepak yang terdapat di dalam pasaran. Pemain boleh mengumpul atau membeli koleksi kad yang terdiri daripada pemain terkemuka di dunia sebenar untuk bersaing dalam pertandingan yang diadakan pada setiap minggu untuk memenangi ganjaran Ethereum atau kad yang rare.

Sehingga akhir Oktober 2021, Sorare sudah mempunyai lebih daripada 200 kelab yang dilesenkan secara rasmi menerusi platform mereka termasuklah nama terkenal seperti Real Madrid, Liverpool, Bayern Munich dan banyak lagi. Pemain turut boleh menjual koleksi kad yang dimiliki kepada pengguna lain menerusi marketplace yang disediakan.

Kecanggihan teknologi hari ini membolehkan ramai orang berpeluang membuat wang sampingan melalui internet terutamanya dengan blockhain. Semua urus niaga dengan mudahnya boleh dibuat menerusi dalam talian dan setiap aset boleh disimpan dengan selamat di dalam server sahaja.

Sekiranya anda berminat untuk memiliki atau menjual karya NFT, kini 6 platform jual beli NFT terbaik yang anda boleh cuba pada hari ini.

6 Platform Jual Beli NFT Terbaik Untuk Anda Cuba Pada Tahun 2021

6 Karya NFT Termahal Dunia Yang Berjaya Dijual Setakat Ini