Seperti yang ramai sedia maklum sebelum ini, Malaysia pada awal tahun ini pernah mengumumkan untuk menamatkan siaran analog televisyen pada penghujung Mac bagi memberi laluan kepada siaran digital.

Walau bagaimanapun, cadangan ini telah ditangguhkan memperlihatkan masih ramai pengguna yang menggunakan siaran analog serta dijangka ditamatkan secara berperingkat.

Berdasarkan keputusan yang dibuat pihak kerajaan, pastinya ada tertanya-tanya apakah kelebihan siaran digital berbanding analog. Berikut merupakan lima perbezaan siaran analog dan digital yang menjadi fokus pihak kerajaan.

1. Isyarat
e4f7f790-9fc1-11e7-91cd-b5044d479875_GettyImages-172204078
Sumber: Yahoo Finance

Masih ingat lagi sewaktu kecil dimana siaran digital masih baru di Malaysia, kebanyakan rumah masih menggunakan siaran analog dimana siaran yang diterima kadangkala kurang baik sekaligus memerlukan pengguna mengubah aerial TV?  Melalui siaran digital masalah ini tidak lagi berlaku secara tidak langsung membolehkan pengguna menikmati rancangan di TV tanpa sebarang masalah.

2. Kualiti gambar dan audio

Apabila penerimaan signal yang baik, sudah pastinya kualiti yang diterima juga bertambah. Tidak hanya pengguna dapat menonton rancangan dengan kualiti yang baik, malah kualiti audio juga turut lebih baik berbanding siaran analog.

3. Siaran HD
fubo-9
Sumber: CordCutters

Bersesuaian dengan kebanyakan rumah ketika ini yang menggunakan TV berdefinisi tinggi, penawaran siaran HD juga membuatkan rancangan ditonton tampil lebih jelas. Semua ini berjaya direalisasikan melalui siaran digital manakala siaran analog cuma menyokong definisi biasa.

4. Interaktif

IMAG0517

Sekiranya pada masa dahulu para penonton perlu menantikan tepat pada waktunya untuk menonton sesebuah rancangan, kini tidak lagi dimana anda boleh menontonnya secara interaktif dengan menonton rancangan yang dirakam atau secara atas talian dengan lebih mudah.

5. Pilihan saluran yang pelbagai

Siaran digital secara tidak langsung membolehkan para penonton lebih banyak pilhan saluran untuk ditonton. Berbeza dengan siaran analog yang cuma menawarkan sejumlah tujuh rancangan sahaja.

Untuk pengetahuan, Singapura hadir sebagai negara pertama di Asia Tenggara pada tahun 2017 memansuhkan siaran analog serta memfokuskan kepada digital sepenuhnya diikuti dengan Brunei. Malaysia dijangka bakal menjadi negara bebas siaran analog menjelang 2021.

Sumber