Mula diperkenalkan pada tahun 2011 menerusi model Samsung Galaxy Note, siri Note terus menjadi pilihan ramai berikutan penawaran skrin AMOLED yang besar, spesifikasi yang memukau dan pastinya penyertaan S Pen yang sangat memudahkan pengguna untuk urusan seharian.

Menerusi pelancaran model Samsung Galaxy Note10 & Note10+ baru-baru ini, Samsung dilihat mampu memberi fungsi yang lebih banyak pada pengguna. Bukan sahaja dari segi spesifikasi dan kamera telefon pintar, malah fungsi pada S Pen juga turut dipertingkatkan.

Buat anda yang gemar menggunakan stylus atau pernah menggunakan S Pen pastinya anda mengetahui bagaimana S Pen berjaya memudahkan penggunaan Samsung Galaxy Note anda. Pada kali ini, kami kongsikan lima penambahbaikan S Pen yang tersedia pada Samsung Galaxy Note10 yang menjadikannya lebih gempak berbanding sebelum ini.

1. Rekaan S Pen yang lebih menarik

Samsung-Galaxy-Note-10-Plus-S-Pen-vs-Samsung-Galaxy-Note9-S-Pen-1200×675
Sumber: Android Authority

Jika S Pen model sebelum ini hadir dengan rekaan dwi-warna pada kali ini S Pen kembali dengan satu warna yang tampak lebih moden dan simple. S Pen keluaran tahun ini juga diubahsuai untuk membolehkan pengguna menulis dengan lebih selesa berdasarkan rekannya yang lebih pendek berbanding sebelum ini.

Di sebalik rekaannya yang lebih slim dan selesa digunakan, S Pen keluaran Note10 & Note10+ masih lagi mempunyai jangka hayat bateri yang baik dengan ketahanan bateri selama lebih 10 jam untuk satu pengecasan penuh. Sangat sesuai buat mereka yang kerap menuli sambil menggunakan gesture yang tersedia.

2. Penulisan yang lebih baik

Samsung-Galaxy-Note-10-Review-025
Sumber: Phone Arena

Setiap tahun Samsung sentiasa menitikberatkan mengenai penulisan menggunakan S Pen bagi memastikan para pengguna berpeluang mencatat nota, jadual dan sebagainya dengan mudah melalui S Pen.

Pada kali ini, penekanan pada mata S Pen sekali lagi diberi perubahan dimana para pengguna mampu menulis dan melukis dengan lebih tepat seperti yang diinginkan.

3. Fungsi gesture yang lebih menarik

Screen Shot 2019-09-17 at 11.33.14 AM

Jika sebelum ini S Pen cuma digunakan untuk menulis, kini fungsi S Pen diperluaskan lagi dimana anda mampu mengawal S Pen dengan jarak sehingga 10 meter.

Melalui fungsi gesture yang diperkenalkan, anda boleh menggunakan S Pen untuk mengambil gambar dengan menekan butang pada S Pen, zoom gambar pada jarak yang dimahukan serta mengubah kepada kamera belakang.

Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang mengubah lagu serta memilih video yang ingin ditonton di YouTube dengan hanya menggunakan S Pen sebagai remote. Menarik bukan?

4. Gunakan S Pen untuk edit gambar anda

Edit wajah Note 10
Sumber: YouTube Thao Huynh

Sudah menjadi trend pada masa kini dimana orang ramai gemar menggunakan gambar filter atau menyunting gambar untuk kelihatan lebih fancy. Terbaru, anda boleh terus edit gambar anda dengan gaya tersendiri terus melalui S Pen yang tersedia pada Note 10 & Note 10+.

Selain itu, buat anda yang kerap bermain Insta Stories, anda boleh merakam gambar sambil melukis apa yang diinginkan dalam video yang ditampilkan. Pada kami fungsi ini dilihat sebagai bonus point buat mereka yang gemar bermain Instagram dan Snapchat.

Ditambah pula dengan fungsi #WithGalaxy yang membolehkan model ini menyertakan gambar dengan kualiti yang baik di Instagram, pastinya model ini bakal menjadi rebutan.

5. Penggunaan S Pen yang lebih fleksibel

Screen Shot 2019-09-17 at 4.17.33 PM
Sumber: YouTube Thao Huynh

Tidak tertakluk kepada penulisan semata-mata, kini anda berpeluang menyusun jadual serta menulis secara terus plan anda diatas kalender. Pastinya menjimatkan masa dan lebih mudah untuk anda melihatnya.

Bukan itu sahaja, fungsi menulis dan kemudian Galaxy Note mengubah kepada teks juga turut dipertingkatkan dimana kini penulisan anda lebih pantas dibaca Note10.

Melihat kepada Samsung Galaxy Note10 & Note10+ bersama S Pen, dapat dilihat Samsung berjaya menawarkan sesuatu yang gagal diberiken oleh jenama-jenama lain.

Anda akan menerima sebuah telefon pintar dengan skrin AMOLED yang terang, spesifikasi yang hebat, kamera yang memukau dan S Pen yang dilengkapi dengan pelbagai fungsi. Sememangnya pilihan yang berbaloi ketika ini untuk anda mendapatkan Samsung Galaxy Note10 dan Note10+.

Kami kongsikan kepada anda beberapa artikel lain berkaitan Samsung Galaxy Note10 dan Note10+ khas buat anda yang berminat. Klik pautan dibawah untuk membacanya.

https://www.thevocket.com/tonton-review-samsung-galaxy-note-10-yang-menjadi-idaman-ramai/

https://www.thevocket.com/samsung-malaysia-lancarkan-galaxy-note-10-dan-note-10-dengan-harga-bermula-daripada-rm3699/

https://www.thevocket.com/tonton-pandang-pertama-samsung-galaxy-note-10-dan-note10/