Loceng rumah elektronik kini menjadi keperluan untuk semua rumah sebagai ciri keselamatan. Malah, pada hari ini harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan dan boleh plug & play tanpa perlu sebarang pemasangan litar.

Anda mungkin bingung mahu memilih model manakah yang patut didapatkan di dalam pasaran. Oleh itu, kami akan berkongsi lima pilihan loceng rumah elektronik yang berbaloi dipertimbangkan oleh anda untuk keselamatan kediaman.

1. Daytech Wireless Doorbell 

loceng rumah elektronik
Sumber Gambar: Shopee

Pertama sekali, anda boleh mempertimbangkan sebuah loceng rumah keluaran Daytech yang berkualiti dengan harga berpatutan. Model loceng ini mampu memberikan signal dengan baik kepada transmitter kerana liputan yang luas. Selain rekaan yang moden, loceng ini juga mempunyai ciri kalis air untuk lebih tahan lasak.

Ditambah pula terdapat lampu pada transmitter untuk memudahkan orang berusia atau cacat pendengaran mengetahui loceng sedang ditekan. Malah, anda boleh menetapkan pelbagai jenis nada dering loceng untuk membezakan lokasi loceng ditekan sama ada dari pintu hadapan atau belakang.

Kini anda boleh mendapatkan loceng rumah elektronik keluaran Daytech dengan harga RM39.90 sahaja melalui Shopee.

Beli Sekarang Daytech Wireless

2. Sinovision X9 Wireless Door Bell

Sumber Gambar: Shopee

Sinovision X9 ini hadir dengan sejumlah teknologi terkini yang memudahkan anda memantau sebarang tetamu yang tiba ke rumah. Loceng ini mempunyai sambungan WiFi yang membolehkan mengetahui kehadiran seseorang menerusi notifikasi atau pun kamera yang tersedia padanya.

Untuk meningkatkan ciri keselamatan lagi, terdapat kamera inframerah dengan night vision yang boleh mengesan sebarang objek dengan mudah walaupun dalam keadaan yang gelap. Anda juga boleh berkomunikasi secara terus dengan seseorang kerana adanya sistem audio dua hala. Setiap rakaman panggilan juga boleh diakses menerusi cloud.

Anda boleh dapatkan Sinovision X9 Wireless Door Bell dengan harga RM47.50 menerusi Shopee.

Beli Sekarang Sinovision X9 Wireless Door Bell

3. Door Bell Electronic Home Security

loceng rumah elektronik
Sumber Gambar: Shopee

Seterusnya, anda boleh mendapatkan satu set lengkap loceng rumah elektronik yang berkualiti untuk kegunaan jangka masa panjang. Model loceng ini tampil kompak dalam masa yang sama mampu menghasilkan bunyi yang kuat untuk didengari sehingga 300 meter jauhnya di dalam liputan kawasan rumah.

Selain itu, loceng ini juga boleh digunakan secara berterusan kerana hanya menggunakan sumber tenaga solar. Anda juga boleh mengubah bunyi dan tahap kelantangan mengikut keperluan masing-masing. Terdapat juga lampu LED yang bakal menjadi penunjuk kepada seisi rumah sekiranya loceng sudah ditekan oleh seseorang.

Anda boleh dapatkan loceng rumah ini pada harga RM69 melalui Shopee hari ini.

Beli Sekarang Door Bell Electronic Home Security

4. R11 Digital Door Bell 

Sumber Gambar: Shopee

Antara pilihan terbaik yang anda boleh dapatkan di dalam pasaran hari ini adalah R11 Digital Door Bell. Loceng R11 ini menampilkan sejumlah ciri menarik termasuklah menangkap gambar atau merakam video secara automatik serta menawarkan paparan visual tetamu yang berada di pintu rumah.

Menariknya, terdapat kehadiran ciri pengesan pergerakan yang akan merakam video secara automatik di sekitar pintu rumah sekiranya wujud kehadiran individu yang tidak dikenali. Loceng ini juga diperbuat daripada bahan zink aloi yang kuat sekaligus lebih tahan lasak dan tidak mudah dirosakkan oleh objek luar.

R11 Digital Door Bell kini boleh didapatkan pada harga RM90.55 menerusi Shopee.

Beli Sekarang R11 Digital Door Bell 

5. Door Bell WiFi Smart Camera

Sumber Gambar: Shopee

Akhir sekali, loceng rumah ini tampil dengan sejumlah ciri sekuriti yang diperlukan oleh kediaman anda. Loceng ini mempunyai kamera yang boleh merakam video atau mengambil gambar dalam keadaan terang da gelap serta boleh berkomunikasi bersama individu di pintu menerusi mikrofon.

Menariknya, loceng ini juga mempunyai aplikasi tersendiri yang membolehkan anda mengakses sebarang rakaman yang disimpan secara automatik atau memantau keadaan semasa di rumah walau di mana jua. Malah, kamera akan merakam sebarang aktiviti sepanjang hari dan juga menghasilkan bunyi amaran jika dicabut secara sengaja.

Kini anda boleh mendapatkan loceng rumah yang serba canggih pada harga RM141.55 di Shopee.

Beli Sekarang Door Bell WiFi Smart Camera

Berdasarkan pemerhatian secara terperinci, anda dicadangkan untuk mendapatkan model Door Bell WiFi Smart Camera kerana mempunyai sejumlah ciri sekuriti yang penting berserta kemudahan akses menerusi aplikasi sahaja. Harga penawaran juga sangat berpatutan selari dengan kualiti yang dibawakan.

Memiliki loceng rumah sudah menjadi satu perkara penting kerana dapat memudahkan anda memantau kehadiran seseorang di pintu rumah. Sebahagian loceng juga mempunyai ciri kamera yang boleh merakam video atau mengambil gambar untuk dijadikan bukti sekiranya berlaku pencerobohan dan seumpamanya.

Sekiranya anda berminat mahu mengubah rumah menjadi Smart Home, boleh klik pautan di bawah untuk mengetahui senarai gadget secara terperinci.

6 Gadget Yang Perlu Anda Dapatkan Untuk Ubah Rumah Menjadi ‘Smart Home’

6 CCTV Yang Berkualiti Dan Berbaloi Untuk Pengawasan Keselamatan Sekitar Rumah Anda

Sumber