Sedar tidak sedar, berbaki beberapa jam sahaja lagi sebelum tahun 2019 melabuhkan tirai sekaligus menutup sedekad yang penuh bermakna bagi industri telefon pintar.
Bermula dengan rangkaian internet 4G yang semakin meningkat naik serta jenama HTC dan BlackBerry menjadi pilihan, nampaknya kedua-dua teknologi ini telah disalin dengan rangkaian internet yang lebih pantas serta jenama yang lebih berinovasi.
Begitu juga dengan jenama telefon-telefon pintar yang popular dimana inovasi baru telah ditampilkan setiap tahun menghasilkan perubahan yang besar selepas hampir sedekad.
Pada kali ini, kami akan kongsikan kepada rangkuman lima jenama telefon pintar yang berjaya tampil dengan perubahan terbesar sepanjang lima tahun terakhir ini.
1. Apple
Pada tahun 2010, Apple berjaya melancarkan Apple iPhone 4. Model ini diperkenalkan serta menjadi fenomena selepas orang ramai mula membuka mata terhadap jenama ini selepas tiga model sebelumnya. Model ini seringkali diingati ramai sehingga kini melalui rekaannya yang berbentuk kotak.
Selang sedekad, Apple berjaya menjadi antara jenama teknologi dengan keuntungan tertinggi hasil legasi yang ditinggalkan oleh Steve Jobs. Model terbaharu jenama ini pula tampil dengan tiga kamera berkualiti tinggi berbanding model iPhone 4 yang cuma disertakan dengan kamera 5-megapixel.
2. Samsung
Kehadiran sistem operasi Android semestinya menjadi perubahan terbesar atau talian hayat terbesar buat jenama-jenama telefon pintar bukan Apple. Kehadiran sistem operasi ini membolehkan jenama-jenama telefon pintar hadir dengan model telefon pintar yang dimahukan ramai melalui spesifikasi yang canggih.
Antara jenama yang terkesan dengan kehadiran Android sudah semestinya Samsung. Memulakan 2010 dengan memperkenalkan model Samsung Galaxy S, siapa sangka jenama ini berjaya meletakkan S-series ini sebagai siri flagship sehingga kini dengan pengenalan model Samsung Galaxy S10 dan S10+.
Selain itu, pujian patut diberikan kepada jenama ini dengan cubaan berani memperkenalkan Samsung Galaxy Fold yang dilihat sebagai inovasi terbesar sepanjang sedekad ini.
3. Xiaomi
Sekiranya jenama-jenama telefon pintar yang sering tampil dengan inovasi ketika ini sudah lama bertapak, berbeza dengan Xiaomi yang baru sahaja ditubuhkan pada 2010.
Jenama dari China ini pada pendapat kami dilihat sebagai jenama yang tampil dengan peningkatan terbesar dengan mengekalkan strategi penawaran telefon pintar mampu milik dengan penyertaan spesifikasi yang berbaloi.
Malah, strategi ini juga turut menjadi model bisnes kepada jenama-jenama telefon pintar yang lain sekaligus memberi cabaran kepada jenama-jenama telefon pintar yang sudah lama bertapak dalam industri. Sehingga kini, Xiaomi sudah berjaya menjadi antara syarikat terhebat China dengan nilai $1.1 bilion (~RM4.5 bilion).
4. Huawei
Huawei memulakan dekad ini dengan inovasi yang agak perlahan. Jenama ini dilihat semakin agresif membuat pemasaran serta menjadi pilihan pengguna seluruh dunia selepas berjaya bekerjasama dengan Leica dalam menawarkan kualiti kamera yang baik.
Selain itu, Huawei turut menambat hati pengguna melalui penawaran telefon kelas pertengahan dengan spesifikasi yang mampu milik membuatkan orang ramai berpuas hati untuk mendapatkan model keluaran Huawei.
Memasuki tahun 2020, Huawei berjaya menjadi antara jenama dengan keuntungan yang tertinggi selepas Apple dan Samsung.
5. Motorola
Para pengguna dilihat mulai beralih terhadap jenama ini berbanding dua dekad sebelum ini. Meskipun menggunakan sistem operasi Android, penawaran modelnya yang tidak meluas membuatkan jenama ini sukar digunakan oleh para pengguna seluruh dunia.
Selain itu, konflik dalaman dan serta gagal menawarkan telefon pintar flagship yang menjadi pilihan pengguna antara yang membuatkan kepesatan jenama ini agak suram dalam industri telefon pintar.
Walau bagaimanapun, jenama yang sudah hampir seabad ini berjaya mengembalikan nostalgia orang ramai pada akhir tahun ini dengan pengenalan Motorola Razr 2019.
Kehadiran semula Motorola Razr ini dilihat sebagai langkah untuk Motorola bangkit semula pada tahun-tahun akan datang selepas model ini tampil dengan inovasi tampil meninggalkan sisi klasik model ini.
Penutup
Pelbagai inovasi dan kepesatan jenama telefon pintar dapat dilihat sepanjang sedekad ini. Tidak dilupakan juga beberapa jenama yang tidak agresif dalam menawarkan model dengan inovasi terbaru seperti BlackBerry.
Memasuki tahun 2020 serta tahun-tahun akan datang, pastinya model-model telefon pintar bakal dilengkapi dengan teknologi kamera dan skrin yang lebih canggih beserta rangkaian internet 5G.
Bagaimana pula dengan anda? Kongsikan bersama anda memori anda bersama telefon pintar sepanjang 10 tahun terakhir ini.
Dilaporkan sebanyak enam model terbaru iPhone bakal dilancarkan pada tahun 2020. Turut dikongsikan, sindiket pekerja kilang Foxconn sahkan projek iPhone ‘klon’ bernilai RM173.4 juta.
https://www.thevocket.com/lebih-enam-model-terbaru-iphone-bakal-dilancarkan-pada-tahun-2020/
https://www.thevocket.com/pekerja-kilang-foxconn-sahkan-projek-pembuatan-iphone-klon-bernilai-rm173-4-juta/