Sejak ramai yang berkerja dan belajar dalam talian di rumah pada saat ini, pasti ramai yang menghadapi kesukaran untuk menguruskan nota-nota penting dengan lebih efektik.

Hal ini boleh membantutkan produktivi harian anda lagi-lagi apabila ada nota yang tidak boleh diakses pada peranti lain. Ini antara cadangan aplikasi iPad yang boleh digunakan untuk mencatat nota dengan mudah dan kemas .

1. Notability

Sumber Gambar: Toolsandtoy

Aplikasi ini memberikan pengalaman menulis yang menarik. Anda boleh meletakkan gambar, merakam suara memo dan perkara yang paling utama ialah mempunyai fungsi antonasi di fail PDF.

Fungsi antonasi di fail PDF ialah satu elemen baru yang ditambah ke dokumen PDF untuk memberi penjelasan dengan lebih jelas di dalam kandungan tanpa mengubah isi kandungan asal. Misalnya, anda boleh menambah nota kaki kecil pada sebahagian perkataan, menambah bentuk pada isi penting atau menambah rakaman suara dan pelbagai media lain.

Selain itu, anda boleh membuat lakaran dan lukisan  pada nota. Malah, illustrasi yang telah dilukis boleh digerakkan dan diubah saiz mengikut kehendak pengguna. Nota anda akan kelihatan lebih interaktif dan kemas apabila ingin dirujuk semula.

Tambahan pula, ciri yang tersedia di aplikasi ini juga memberikan fleksibiliti kepada pengguna untuk mengubah pilihan antara muka. Kini anda boleh buka slide atau bahan yang berkenaan sambil mencatat nota secara serentak dengan fungsi splitscreen.

Aplikasi ini turut menawarkan pelbagai pilihan untuk mengeksport dan berkongsi nota melalui Google Drive, Dropbox dan Airdrop. Pada versi 10.4.3 yang terkini, terdapat fungsi baru yang ditambah seperti mebuat formula Math Equations dan menambah pilihan ruang jarak antara teks.

Anda boleh mendapatkan aplikasi Notability di App Store pada harga RM37.90. Terdapat beberapa konten tambahan berbayar di dalam aplikasi bagi pengguna yang berminat.

2. Noteshelf

vocket-aplikasi-ipad-note-3
Sumber Gambar: Paperzip

Noteshelf turut mempunyai fungsi seperti aplikasi di atas iaitu antonasi di fail PDF dan boleh melakukan multi task melalui split screen di iPad anda. Anda juga boleh menyertakan rakaman suara pada nota yang telah ditulis bagi kegunaan mengulang kaji atau perbincangan selepas itu.

Jika anda ingin menulis dalam bahasa lain, aplikasi ini mampu mengenal pasti tulisan karakter  daripada bahasa lain. Tambahan pula, aplikasi ini telah dilengkapi dengan 65 bahasa berlainan di mana ia sangat sesuai bagi yang sedang mengambil kelas bahasa asing atau yang ingin belajar secara sendiri.

Aplikasi ini juga mempunyai pelbagai pilihan untuk mengeksport fail nota seperti iCloud, Dropbox, Google Drive, OneDrive, and Evernote. Noteshelf juga terkenal dengan rekaan antaramuka yang minimalis.

Aplikasi ini sangat mudah digunakan kerana hanya disediakan tools yang penting sahaja supaya anda boleh lebih fokus sewaktu mencatat.

Pengguna Apple watch boleh memanfaatkan fungsi aplikasi ini dengan merakam suara melalui aplikasi Noteshelf Apple. Aplikasi Noteshelf juga boleh didapati di App Store pada harga RM39.90.

3. Good Notes 5

vocket-aplikasi-ipad-note-4
Sumber Gambar: Medium

Seterusnya, aplikasi Good Notes 5 menyediakan fungsi di mana anda boleh mencatat nota dengan menulis atau menaip. Hal ini memberikan lebih fleksibiliti kepada pengguna untuk mengubah cara mengambil nota mengikut keadaan.

Terdapat beberapa template dan rekaan antara muka yang terbina dan boleh mengimport template sendiri bagi mempelbagaikan rekaan nota mengikut kesesuaian topik. Jadi, nota anda kelihatan lebih menarik untuk dibaca malah dapat membezakan topik dengan mudah.

Fungsi yang paling menarik di aplikasi ini ialah Presentation Mode di mana iPad anda boleh gunakan sebagai papan putih digital. Anda hanya perlu guna Airplay atau kabel HDMI yang disambungkan ke iPad, anda boleh memaparkan konten ke skrin yang lebih besar melalui projektor.

Good Notes 5 turut menawarkan fungsi teknologi pengecaman tulisan bagi memudahkan pencarian informasi atau nota yang telah disimpan. Fungsi ini juga boleh memindahkan sebarang tulisan dokumen menjadi teks.

Jika anda sedang mencari aplikasi menulis nota yang bergaya serta mudah untuk mengesan nota, ini mungkin aplikasi yang sesuai untuk anda. Aplikasi Good Notes 5 telah ditawarkan dengan harga RM34.90.

4. Apple Notes

vocket-aplikasi-ipad-note-5
Sumber Gambar: Support Apple

Di samping itu, Apple telah pun menyediakan aplikasi catatan nota di dalam perisian iPad. Aplikasi Apple Notes ini telah didatangkan secara percuma untuk peranti macOS/iOS. Fungsi lukisan yang tersedia di dalam aplikasi ini membolehkan anda untuk menambah lakaran atau grafik ke dalam nota.

Faedah menggunakan perisian yang disediakan oleh Apple ialah anda akan dapat integrasi penuh dari iOS. Sebagai contoh, anda menggunakan iCloud atau peranti Apple lain, anda masih boleh mengambil nota sambil beralih ke iPad anda .

Walaupun Apple Notes tidak mempunyai pelbagai fungsi seperti aplikasi yang lain, ia masih boleh digunakan untuk perkara asas seperti mengambil nota ringkas atau membuat senarai semak.

Bonus menggunakan Apple Notes juga ialah segala nota yang telah dicatat akan disimpan secara automatik di iCloud. Dan anda boleh membuat nota suara dengan menggunakan Siri.

5. Microsoft One Note

Sumber Gambar: Microsoft

Pendekatan yang diambil Aplikasi Microsoft One Note sangat berbeza berbanding aplikasi di pasaran apabila anda akan dipaparkan dengan sebuah halaman bergaris untuk mencatat nota. Penggunaan halaman bergaris ini memberi kemudahan kepada pengguna untuk menyusun nota mengikut topik.

One Note turut menawarkan pelbagai fungsi multimedia seperti menambah grafik, menaip dan rakaman suara pada nota tersebut. Selain itu, anda boleh membuat pencarian nota untuk spesifik perkataan dan melihat nota dari pelbagai peranti.

Nota yang telah dicatat akan disimpan secara automatik ke OneDrive. Sekiranya, anda memang seorang pengguna aplikasi Microsoft sebelum ini, OneNote boleh melancarkan proses kerja anda kerana ia telah diintegrasi di bawah satu sistem.

Fungsi tab berwarna juga sangat membantu kepada pengguna kerana proses menguruskan dan mencari semula nota menjadi lebih cepat. Pengguna hanya perlu memilih spesifik warna untuk setiap topik.

Jika anda berminat untuk menggunakan Microsoft One Note, boleh didapati di App Store secara percuma.

Anda bolehlah gunakan aplikasi yang dicadangkan bagi memudahkan pengurusan nota serta tampak lebih menarik. Tambahan, anda dapat menggurangkan penggunaan kertas yang boleh memberi kesan buruk kepada alam sekitar.

Jika anda berminat dengan cadangan aplikasi berkaitan iPad, anda boleh teruskan membaca artikel-artikel di bawah yang sudah kami pilih.

Adakah Apple ‘Sengaja’ Hasilkan Kabel iPhone Yang Mudah Rosak?

Ini Caranya Untuk Hentikan Aplikasi Daripada Menjejak Anda Pada iOS 14.5