Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Memiliki komputer riba yang serba lengkap dan berspesifikasi tinggi sudah menjadi keperluan buat sejumlah orang ramai pada ketika ini dalam membantu menyelesaikan tugas seharian.

Bukan sahaja spesifikasi yang menjadi ukuran, komputer riba yang baik turut membantu pengguna mengurangkan pancaran cahaya biru dalam membuatkan para pengguna lebih selesa untuk menonton pada skrin meskipun untuk tempoh yang panjang.

Berbincang mengenai komputer riba yang ideal pada ketika ini, ASUS Vivobook Pro 15 OLED antara yang menjadi pilihan ramai berikutan pakej lengkap yang ditawarkan padanya.

Model ini hadir paparan OLED NanoEdge beresolusi 16:9 FHD bagi saiz skrin 15.6-inci meliputi 84% bahagian skrin. Dari segi processor, ASUS Vivobook Pro 15 OLED sedia dilengkapi dengan processor siri AMD Ryzen 5000-H beserta kad grafik NVIDIA RTX 3050. Selain itu, beberapa pilihan processor lain daripada Ryzen antara yang turut ditawarkan.

Berita menarik buat anda!

Sumber: man of many

Bersempena dengan kempen terbaru ASUS Malaysia, jenama ini berbesar hati dalam menawarkan ASUS Vivobook Pro 15 OLED secara percuma dengan mengikuti beberapa langkah mudah ini.

Bukan itu sahaja, anda yang mengikuti peraduan ini bakal turut dihadiahkan dengan hadiah eksklusif ASUS Vacuum Flask Bottle bernilai RM50 tertakluk kepada terma dan syarat. Berikut merupakan langkah-langkah untuk menyertai peraduan ini.

[Sekejap] Belajar cara trade NFT dalam Bahasa Melayu. Belajar Sekarang!

Langkah pertama: Rasai pengalaman menggunakan menggunakan ASUS Vivobook Pro 15 OLED pada gedung rasmi ASUS.

Langkah kedua: Kongsikan gambar atau video anda melengkapkan karya kreatif menggunakan ASUS OLED dan Creator Series. Pastikan anda menetapkan perkongsian anda di Facebook dan Instagram secara public dan tag @ASUSMalaysia beserta hashtag #ASUSMY #ASUSOLED #ASUSCreatorSeries

Langkah ketiga: Imbas kod QR pada produk yang ditawarkan secara promosi pada gedung rasmi ASUS dalam melengkapkan borang yang sedia diisi menerusi Google Form.

Langkah keempat: Kongsikan pautan Google Form anda menerusi Facebook atau Instagram. Hanya penghantaran menerusi akaun peribadi yang diterima.

Peraduan terbaru daripada ASUS ini sedia berlangsung bermula 25 Mac sehingga 30 Jun ini manakala pemenang bakal diumumkan pada 7 Julai 2022. Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peraduan terbaru daripada ASUS Malaysia ini.

Ketahui lebih lanjut mengenai ASUS Vivobook dengan mengetahui 5 sebab mengapa model ini wajar menjadi pilihan khususnya buat anda yang memetingkan produktiviti.

5 Sebab ASUS Vivobook Pro 15 OLED Bakal Menjadi Pilihan Buat Anda Yang Pentingkan Produktiviti

Futuristik Dan Inovatif, Ini Barisan Model Terbaru ASUS Yang Dilancarkan Sempena CES 2022

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group