Platform Pentas telah menunjukkan pertumbuhan yang cukup baik menerusinya dengan kehadiran sejumlah besar pengkarya tempatan dan juga sambutan daripada peminatnya pada saban hari. Memandangkan Pentas telah menjadi salah satu platform pilihan tempatan dalam urusan jual beli NFT, maka mereka ingin membuat kejutan buat peminatnya.

Terbaharu, Pentas telah mengukir sejarah baru lagi apabila beberapa artis NFT di platformnya berkolaborasi bersama penyanyi terkemuka iaitu Altimet dalam menawarkan beberapa karya NFT. Kolaborasi ini telah merangkumi tiga artis NFT iaitu Panda Punk, Tun Aqhari dan Konfenderasi dalam menawarkan karya khas dan menjual melalui bidaan pada platform tersebut.

https://twitter.com/belakangpentas/status/1464943457357631488?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1464943457357631488%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Famanz.my%2F2021315702%2F

https://twitter.com/belakangpentas/status/1464958262911008773?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1464958262911008773%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Famanz.my%2F2021315702%2F

https://twitter.com/belakangpentas/status/1464945319498579968?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1464945319498579968%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Famanz.my%2F2021315702%2F

https://twitter.com/belakangpentas/status/1464944558106505221?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1464944558106505221%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Famanz.my%2F2021315702%2F

Terdapat empat karya unik yang dihasilkan menerusinya dengan menggabungkan elemen visual, audio dan juga animasi yang cukup menarik. Setiap hasil karya ini mempunyai cerita tersendiri disebaliknya yang membuatkan ia mempunyai nilai sentimental yang tinggi buat peminat dan juga artis tersebut.

Ketiga-tiga artis NFT ini menyaksikan kejayaan mengutip jumlah jualan sebanyak 9.17BNB bersamaan RM23,186 menerusi nilai semasa Binance Coin. Menurut Altimet, beliau sangat berbesar hati dengan penyertaan orang ramai dalam bidaan ini dan bakal menyumbangkan bahagian miliknya daripada jualan ke kebajikan yang menfokuskan kepada keseniaan.

Dengan sambutan yang sangat menggalakkan ini, siapa tahu kita mungkin boleh melihat lagi pelbagai kolaborasi bersama artis-artis lain menerusi platform Pentas. Hal ini sekaligus menunjukkan perkembangan yang baik untuk arena karya seni dan juga NFT di Malaysia.

Baru-baru ini, Pentas juga telah melakar sejarah pertamanya dengan jualan tertinggi dalam sejarah menerusi penjualan karya NFT Sang Saka yang berharga RM45,880.

Jualan Tertinggi Dalam Sejarah Pentas, Karya NFT ‘Sang Saka’ Terjual Dengan Harga RM45,880

Pentas, Platform Jual Beli NFT Tempatan Memfokuskan Budaya Malaysia

Sumber