Sebut mengenai ASUS pasti ramai yang cukup tahu di mana jenama ini secara konsisten berjaya menawarkan seleksi produk peranti yang berkualiti serta memenuhi keperluan pengguna seharian.

Terbaharu, jenama ini menerusi siri Zenbook sekali lagi hadir dengan melancarkan empat model baharu dalam memenuhi keperluan pengguna yang sedang mencari komputer riba yang serba lengkap serta sesuai digunakan secara on the go.

Empat model terbaru yang dilancarkan terdiri daripada ASUS Zenbook 14X OLED Space Edition, ASUS Zenbook Pro 14 Duo OLED, ASUS Zenbook Pro 16X OLED dan ASUS Zenbook 14 OLED. Ayuh kita ikuti dengan lebih dekat penawaran yang ditawarkan empat model terbaru daripada ASUS ini.

1. ASUS Zenbook 14X OLED Space Edition

Sesuai dengan namanya, model Space Edition yang dilancarkan pada kali ini diinspirasikan oleh model ASUS PB300 yang dihasilkan 25 tahun lalu serta berjaya digunakan lebih 600 hari di Mir Space Station.

Menerusi model ini, penggunaan warna Zero-G Titanium antara yang digunakan dalam mearikan model ASUS Zenbook 14X OLED Space Edition ini. Selain menampilkan rekaan yang unik, model ini juga turut menggunakan material yang kukuh sekaligus memastikan model ini tahan lasak.

Mengulas dari segi spesifikasi, model ini dikuasakan oleh processor Intel Core-i7 dan Intel Iris generasi ke-12, RAM 16GB beserta WiFi 6E. Dari segi skrin, model ditawarkan dengan skrin sesentuh 14-inci beserta paparan 2.8K OLED 90Hz PANTONE. Dalam erti kata lain, para pengguna bakal menerima sebuah skrin dengan paparan halang beserta halangan cahaya biru yang optimum.

ASUS Zenbook 14X OLED Space Edition sedia untuk didapatkan pada harga RM6,499 bagi spesifikasi processor Intel Core-i7, 16GB RAM dan 1TB ruang storan manakala model dengan processor Intel Core-i5, 16GB RAM dan 512GB ruang storan hadir dengan harga RM5,599

2. ASUS Zenbook Pro 14 Duo OLED

Sebuah lagi model yang dilancarkan pada kali ini adalah ASUS Zenbook Pro 14 Duo OLED. Model ini berjaya menawarkan keunikan tersendiri dengan penawaran dwi skrin bersaiz 14-inci 2.8K 120HZ OLED beserta skrin 12.7-inci.

Model ini dikhususkan buat para pengkarya dalam melakukan tugas dengan lebih produktif menerusi penawaran dua skrin dengan spesifikasi yang mantap. ASUS Zenbook Pro 14 Duo OLED dikuasakan oleh processor Intel Core-i7 12700H generasi ke-12 beserta kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3050 Ti.

Bukan itu sahaja, model itu turut dilengkapkan dengan ScreenPad Plus dalam membantu menggunakan menghasilkan karya atau melukis serta turut membantu dalam penyejukan komputer riba.

ASUS Zenbook Pro 14 Duo OLED ditawarkan pada harga RM8,999 dengan spesifikasi Intel Core-i7, 16GB RAM, 512GB ruang storan serta kad grafik RTX 3050Ti.

3. ASUS Zenbook Pro 16X OLED

ASUS Zenbook Pro 16X OLED hadir sebagai model terhebat dan terbaik menerusi siri Zenbook serta model yang dilancarkan pada kali ini. Model ini dikhususkan buat mereka mahukan spesifikasi terbaik pada sesebuah komputer riba.

Model ini hadir dengan berat 2.4-inci beserta penawaran material bergred aeroangkasa. Dalam pada itu, rekaannya yang nipis dan kukuh pastinya membuatkan para pengguna berpuas hati.

ASUS Zenbook 16X OLED berjaya dilengkapkan dengan processor Intel Core-i7 12700H beserta kad grafik NVIDIA GeForce RTXTM 3060 dalam membantu menawarkan prestasi terbaik. Penawaran sistem penyejukan IceCool Pro bakal memastikan komputer riba pengguna lebih cepat sejuk khususnya sewaktu mengerjakan kuasa pemprosesan yang berat.

Dari segi skrin, model ini ditawarkan dengan skrin sesentuh 16-inci 4K OLED HDR 60Hz. Penawaran bateri yang optimum turut membantu pengguna mendapatkan masa penggunaan sehingga 10 jam untuk satu pengecasan penuh.

Dalam erti kata lain, sekiranya anda mahukan komputer riba dengan penawaran skrin, spesifikasi, rekaan dan material terbaik, mungkin ASUS Zenbook 16X OLED antara yang perlu anda pertimbangkan.

ASUS Zenbook Pro 16X OLED sedia didapatkan pada harga RM11,999 bagi spesifikasi Intel Core i7, 16GB RAM, 1TB ruang storan beserta kad grafik RTX 3060.

4. ASUS Zenbook 14 OLED

Sekiranya anda mahukan komputer riba yang mudah untuk dibawa kemana-mana, ringan dan bergaya, ASUS Zenbook 14 OLED adalah jawapannya. Model ini ditawarkan dengan berat 1.39kg beserta ketebalan serendah 16.9mm sahaja. Dalam pada itu, isu ketahanan masih lagi dititip beratkan ASUS di mana model ini dilengkapkan dengan penggunaan material yang tahan lasak.

Model ini turut menawarkan paparan terbaik buat para pengguna menerusi penyertaan skrin 14-inci 2.8K OLED. Bukan itu sahaja, model ini turut ditawarkan dengan processor Intel Core-i7 dan juga ketahanan bateri yang panjang. Sangat sesuai buat anda yang kerja secara on the go.

Oh ya, model ini turut ditawarkan dengan audio yang disahkan Harman Kardon dalam menawarkan kualiti audio terbaik buat para pengguna.

ASUS Zenbook 14 OLED sedia untuk didapatkan pada harga RM5,599 menerusi spesifikasi Intel Core-i7, 16GB RAM dan 1TB ruang storan manakala spesifikasi Intel Core-i5, 16GB RAM dan 512GB ruang storan sedia didapatkan pada harga RM4,399.

Para pengguna berpeluang mendapatkan model terbaru ini menerusi gedung rasmi ASUS Malaysia dan juga secara dalam talian dengan klik di sini.

Ikuti juga perkongsian pemilik Sate Rono yang berkongsi perubahan selepas guna ‘robot pelayan’ dalam menjimatkan kos operasi sehingga RM10,000 sebulan.

Jimat Lebih RM10,000 Sebulan, Pemilik Sate Rono Kongsi Perubahan Selepas Guna ‘Robot Pelayan’

Hanya Dengan Hantar Teks Selamat Malam, Wanita Ini Berjaya Raih Sehingga RM19,500 Sebulan