Sejak akhir-akhir ini, dapat dilihat pelbagai jenama semakin aktif dalam mengeluarkan Smart TV dalam menambat hati pengguna. realme selaku jenama yang semakin meningkat naik di Malaysia juga nampaknya tidak melepaskan peluang dalam menawarkan model Smart TV keluaran mereka.

Menariknya mengenai realme Smart TV, model yang hadir dengan saiz 32-inci dan 43-inci ini dilengkapi dengan paparan serta audio yang mantap menerusi sokongan Dolby Audio. Selain itu, para pengguna pastinya teruja dengan paparan model ini yang dilengkapi dengan Ultra-bright LED serta bingkai tanpa bezel.

Paparan LED bezelless display yang turut disokong oleh Chroma Boost Picture Engine dan Dolby Audio pastinya akan memberi pengalaman menonton lebih baik untuk apa sahaja filem atau video yang anda tonton. Penggunaan processor MediaTek memastikan semuanya smooth sepanjang menggunakan Android TV.

Model berbaloi ini sedia untuk didapatkan dengan harga serendah RM899 bagi saiz 32-inci dan RM1,599 untuk saiz 43-inci. Dalam pada itu, realme pada kali ini sedia menawarkannya secara percuma. Apa yang perlu anda lakukan adalah ikuti sahaja tiga langkah mudah di bawah dalam usaha menjadi pemenang terpilih mendapatkan realme Smart TV

1. Tulis di ruangan komen pada post Facebook VOCKET filem atau siri TV apa yang akan anda tonton apabila menerima TV ini. Kongsikan juga mengapa anda pilih filem/siri TV tersebut berkenaan.

2. Tag dua rakan anda.

3. Kongsi perkongsian ini dan jangan lupa sertakan hashtag #realmeTV dan #SayaMahurealmeTV. Pastikan profile Facebook anda pada tetapan ‘public’ bagi memudahkan kami untuk memantaunya.

Itu sahaja. Mudah bukan? Pastikan anda komen sebelum 10 Disember 2021 dan kami akan hubungi pemenang terpilih kelak. Apa tunggu lagi? Inilah masanya untuk dapatkan Smart TV daripada realme secara percuma!

realme juga bakal turut melancarkan realme Pad dan GT Neo2 di pasaran Malaysia tidak lama lagi. Klik pautan di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

realme Pad Dan GT Neo2 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi

realme Band 2 Bakal Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia 15 September Ini