27 Tahun ‘Berbakti’, Batu Peringatan Internet Exporer Didirikan Di Korea Selatan

Sebut mengenai Internet Explorer, pastinya pengguna awal internet cukup kenal dengan pelayar ini. Mulai digunakan orang ramai, pelayar ini mulai menjadi ‘meme’ berikutan kelembapannya serta menjadi pelayar sementara sebelum pengguna memuat turun pelayar yang lain.

Terbaharu, selepas pelayar Internet Explorer ditamatkan Microsoft setelah 27 tahun serta digantikan dengan Microsoft Edge, sebuah batu peringatan telah didirikan di Korea Selatan bagi mengenang ‘jasa’ pelayar popular ini.

Uniknya, pelayar yang didirikan ini hadir dengan mesej ‘alat yang baik untuk memuat turun pelayar lain’ merujuk kepada pelayar ini yang sering dijadikan ‘meme’ dan jenaka.

Dalam pada itu, difahamkan batu peringatan ini didirikan di Korea Selatan sebagai penghormatan negara berkenaan terhadap pelayar legenda berkenaan berikutan jumlah penggunaannya yang masih tinggi di negara tersebut.

Sehingga 2014, warga Korea Selatan dikehendaki secara sah menggunakan IE untuk membeli-belah dan perbankan dalam talian. Pihak kerajaan juga dilaporkan mencipta ‘sijil digital’ untuk maklumat peribadi rakyat menggunakan Microsoft ActiveX.

Tular pada minggu ini apabila Bill Gates memaklumkan NFT merupakan sebuah penipuan yang didukung oleh orang yang lebih bodoh.

Bill Gates Berpendapat NFT Hanyalah Satu Penipuan Yang Didukung Oleh Orang Yang Lebih Bodoh

8 Aplikasi Android Yang Dikesan Mencuri Wang Daripada Akaun Pengguna Di Malaysia

Sumber
Exit mobile version