Sebut mengenai kriptowang, pasti ramai yang cukup tahu di mana matawang digital ini dilihat sebagai teknologi masa hadapan di samping menjadi pilihan pelabur dalam meraih keuntungan berganda.

Dalam pada itu, langit tidak selalunya cerah apabila keadaan ekonomi dunia mengalami penurunan mendadak atas beberapa faktor yang membuatkan sejumlah besar saham dan kriptowang mengalami kejatuhan nilai yang mendadak.

Di samping penurunan nilai, kriptowang LUNA antara yang menjadi buah mulut orang ramai pada kali ini apabila nilainya sekitar $119.18 (~RM524.14) sekitar bulan lalu kita jatuh sehingga $0.0006 (RM0.026) setakat artikel ditulis.

Kejatuhan nilai kriptowang LUNA yang turut menjadi pilihan sejumlah besar pelabur selepas berada dalam 10 kriptowang popular sebelum ini telah membuatkan ramai pelabur mengalami stres selepas didakwa kehilangan 98% daripada wang simpanan dan juga rumah.

Lebih tragis, dilaporkan sehingga kini terdapat 22 pelabur LUNA yang sudah memilih jalan untuk bunuh diri gara-gara tidak dapat menanggung kehidupan berikutan kehilangan wang simpanan dan juga pelaburan. Tidak kurang juga yang mahukan Do Kwon selaku pengasas kepada kriptowang LUNA untuk bertanggung jawab atas apa yang berlaku.

Menerusi insiden yang berlaku, diharapkan agar orang ramai dapat mengambil iktibar untuk cuma melabur dengan jumlah yang sanggup rugi. Selain itu, para pelabur juga perlu lebih berhati-hati dalam memilih instrumen pelaburan atau kriptowang yang mahu dilabur agar situasi yang sama dapat dielakkan.

Tular pada minggu lalu apabila bekas Ketua Pegawai Perniagaan WhatsApp akui menyesal jual aplikasi tersebut kepada Facebook.

Bekas Ketua Pengawai Perniagaan Mengaku ‘Menyesal’ Jual WhatsApp Kepada Facebook

Gara-Gara Terpaksa Kembali Ke Pejabat, Seorang Pengarah Syarikat Apple Umum Letak Jawatan