17 Aplikasi Anda Perlu Buang Sekiranya Berada Dalam Peranti iOS Anda

Seringkali kita membaca peranti daripada Android kerap terkena dengan serangan trojan dan sebagainya manakala peranti dengan penggunaan sistem operasi iOS pula disifatkan sebagai lebih selamat dan mempunyai sekuriti yang ketat.

Walau bagaimanapun, perkara ini tidak bermakna sistem operasi daripada iOS kalis daripada sebarang aplikasi yang boleh menjejaskan peranti. Mumuat turun aplikasi tanpa usul periksa secara tidak langsung bakal meningkatkan risiko peranti iOS anda terpalit dengan serangan trojan dan clickware.

Sumber: Wander

Pada kali ini, kami ingin kongsikan kepada 17 aplikasi yang ditawarkan di Apple App Store yang sebenarnya adalah aplikasi clickware yang perlu anda buang sekiranya berada di dalam peranti iOS anda. Berikut merupakan 17 aplikasi clickware yang disenaraikan oleh syarikat Wander.

1. Around Me Place Finder
2. BMI Calculator – BMR Calc
3. CrickOne – Live Cricket Scores
4. Daily Fitness – Yoga Poses
5. Dual Accounts
6. Easy Contacts Backup Manager
7. EMI Calculator & Loan Planner
8. File Manager – Documents
9. FM Radio – Internet Radio
10. Islamic World – Qibla
11. My Train Info – IRCTC & PNR
12. Ramadan Times 2019
13. Restaurant Finder – Find Food
14. RTO Vehicle Information
15. Smart GPS Speedometer
16. Smart Video Compressor
17. Video Editor – Mute Video

Serangan yang dibuat oleh clickware ini adalah data selular pengguna akan digunakan dalam menawarkan iklan di dalam aplikasi tanpa disedari pengguna. Selain itu, ia juga mampu untuk menawarkan kadar pengiklanan yang tinggi sehingga tidak mampu dibayar oleh para pesaing.

Difahamkan setakat ini pihak App Store telah membuang kesemua aplikasi yang disebutkan. Sekiranya anda pernah memuat turun senarai aplikasi ini sebelum ini anda dinasihatkan untuk membuangnya dengan segera bagi mengelakkan daripada sebarang masalah yang tidak diingini.

Kami kongsikan juga kepada 15 aplikasi yang perlu dibuang sekiranya berada dalam peranti Android anda. Selain itu, ketahui lebih lanjut mengenai kelebihan aplikasi WeChat yang mungkin ramai tidak tahu.

https://www.thevocket.com/padam-15-aplikasi-ini-sekiranya-ada-dalam-peranti-android-anda/

https://www.thevocket.com/sering-dianggap-aplikasi-murahan-ini-10-fungsi-hebat-wechat-yang-ramai-tidak-tahu/

Sumber
Exit mobile version