16 Tahun Selepas Dilancarkan, Yahoo Answers Akhirnya Bakal Tutup Operasi 4 Mei Ini

Sudah menjadi kebiasaan buat orang ramai di mana medium internet dijadikan wadah dalam mendapatkan ilmu. Jumlah penggunanya yang ramai turut membuatkan laman web seperti Yahoo Answers mengumpul jumlah pengguna yang tinggi lebih sedekad lalu membolehkan para netizen bertanyakan atau menjawab sebarang soalan.

Seiring dengan laman web Yahoo yang tidak lagi menjadi pilihan serta orang ramai yang sudah mulai beralih kepada Quora dan Reddit, Yahoo Answers nampaknya bakal mengikut jejak langkah Yahoo Messenger dengan menutup operasi mereka selepas 16 tahun.

Penutupan laman web ini secara tidak langsung menjadikan Yahoo Answers sebagai platform laman web soal jawab paling lama dalam sejarah. Berdasarkan makluman yang dikongsikan Yahoo, platform ini bakal mulai ditutup secara rasmi bermula 4 Mei manakala para pengguna berpeluang mengaskses senarai soal jawab sehingga 30 Jun ini.

Kami yakin ramai yang akan merindui laman web penuh nostalgia ini seperti mana pengguna lama internet merindui Yahoo Messenger dan mIRC.

Format MP3 juga nampaknya sekadar tinggal kenangan selepas munculnya beberapa aplikasi penstriman terbaru membolehkan pengguna mendengar lagu secara sah dan lebih berkualiti. 

https://www.thevocket.com/format-mp3-kini-tinggal-kenangan/

https://www.thevocket.com/selepas-11-tahun-sokongan-windows-7-ditamatkan-secara-rasmi/

Those who want to get in their last few questions and answers can do so before April 20, when the company will close off any new submissions. Yahoo plans on closing the platform entirely on May 4 and users will have until June 30 to download archived content.

In case you missed it, Wikipedia is putting a price tag on its content for big tech companies like Google.

Sumber
Exit mobile version